Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fatimah Az Zahra nama sementara anak Siti
Diterbitkan:  Mar 19, 2018 5:18 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih nama panggilan sementara Fatimah Az Zahra untuk bayi perempuan mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan pagi tadi.

Menurut suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, nama berkenaan diambil sempena nama anak Nabi Muhammad.

"Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.

"Pilihan nama sudah ada... Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian," katanya seperti dilapor BH Online.

Apabila ditanya mengenai perasaannya ketika melihat zuriatnya di depan mata, Khalid mengaku sebak.

"Sudah lama saya menantikan kehadiran anak perempuan. Saat saya melafazkan ikamat di telinganya, ketika itulah perasaan sebak timbul.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraan Siti," katanya.

Penyanyi lagu Jerat Percintaan itu melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan pada pukul 8.17 pagi tadi.

Siti sebelum ini pernah merakam sebuah lagu istimewa untuk anak sulung yang bakal dilahirkan diberi judul Comel Pipi Merah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS