Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Suami Ziana Zain sekali lagi diheret ke mahkamah
Diterbitkan:  Mar 8, 2018 12:44 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas tuduhan pindaan mencederakan anaknya, bulan lalu.

Armin yang tiba di mahkamah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, lapor Berita Harian.

Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di rumahnya di Shah Alam pada malam pada 24 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, bekas pramugara boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS