Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mark Adam harap RM100,000 dikongsi untuk kebaikan
Diterbitkan:  Mar 5, 2018 1:14 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Juara Bintang Bersama Bintang 2018, Mark Adam membuat kejutan malam tadi apabila mengumumkan untuk berkongsi separuh daripada wang RM100,000 yang dimenangi dengan empat peserta lain.

Mark berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama Issey, Achey, Shuk dan Ajak walaupun hanya sekadar cakap-cakap kosong.

Justeru, Mark atau nama atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah, 37, berharap wang yang dikongsi itu akan digunakan oleh mereka untuk tujuan kebaikan.

“Saya rasa seronok dan gembira dengan kemenangan ini. Sebenarnya perkara ini (berkongsi wang hadiah) pernah dibincangkan bersama dan saya tunaikan supaya semua rakan-rakan gembira.

“Ini pilihan saya dan diharapkan agar rakan-rakan boleh memanfaatkannya dengan bersedekah kepada anak yatim atau mereka yang memerlukan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, Mark Adam mengakui dia sudah berniat untuk berkongsi rezeki yang dimenangi sebelum membuat pengumuman.

“Saya tidak pasti tindakan orang lain sekiranya menang tapi saya memang nak berkongsi rezeki dengan semua.

"Dalam program ini, saya banyak belajar dengan mereka dan di belakang tabir kami ibarat satu keluarga,” katanya.

Dalam ucapan terima kasihnya, Mark Adam turut memuji Khir Rahman kerana banyak membantu hingga dia muncul sebagai juara.

Program terbitan TV3 itu bermula sejak 14 Januari lalu dan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Turut memeriahkan sketsa malam tadi adalah selebriti jemputan sepertiShahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey (isteri Achey). Manakala, pelakon terkenal Fasha Sandha dijemput sebagai juri jemputan menemani juri tetap Saiful Apek.

Sebanyak 70 peratus kemenangan Mark ditentukan daripada undian juri profesional manakala 30 peratus lagi daripada undian atas talian.

Program itu dihoskan oleh AG KoolFM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS