Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Sheila keliru antara kos sara hidup dan gaya hidup'
Diterbitkan:  Dec 7, 2017 7:17 PM
Dikemaskini: 11:31 AM

Luahan kecewa Sheila Majid terhadap kenaikan kos sara hidup menimbulkan rasa hairan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Selalu lalu Sheila menyatakan bahawa rakyat Malaysia bosan dan marah menaggung kos sara hidup yang tinggi serta hutang yang bukan berpunca daripada mereka.

"Kenapa dia mengadu mengenai kos sara hidup? Berapa pendapatannya?" soal Irwan semasa sidang akhbar di Cyberjaya petang ini.

Irwan berkata individu yang mengeluh mengenai kos sara hidup keliru antara kos sara hidup dan kos gaya hidup.

"Inflasi hanya 3.5 peratus, tapi kenaikan gaji tahunan lebih tinggi, pada lima hingga enam peratus, (kenaikan) gaji sepatutnya dapat menampung kos inflasi.

"Terdapat kos, kos gaya hidup yang lain. Orang selalu keliru antara kos gaya hidup dan kos sara hidup, jika anda menambah kos gaya hidup, maka segalanya di luar kemampuan anda," katanya.

Irwan juga menegaskan bahawa kerajaan telah melakukan banyak perkara bagi kumpulan pendapatan rendah (B40).

"(Kami beri) Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yuran pendidikan (percuma), dan yuran hospital RM1. Di mana di dunia boleh anda pergi ke hospital dan hanya bayar RM1?"

"Ekonomi semakin berkembang, semuanya baik, tidak perlu bimbang, negara ini adalah negara yang makmur," katanya.

Menerusi Twitter baru-baru, Sheila mengeluh tentang keadaan ekonomi negara yang membebankan ramai rakyat Malaysia.

"Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.

"Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami," katanya.

Kenyataan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi oleh pemimpin Umno.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Sheila mendapat maklumat salah mengenai kerajaan dan penyanyi itu bukanlah pakar dalam bidang ekonomi.

Manakala pembantu khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor pula mempersoalkan bagaimana tiket konsertnya yang berharga sehingga RM888 sekeping boleh habis terjual jika ekonomi teruk.

Bagaimanapun, sebilangan rakan-rakan artis mempertahan Sheila dengan mengatakan dia berhak bersuaara.

Antaranya pelakon dan penyanyi Adibah Noor yang merasa kecewa selepas melihat beberapa selebriti diserang hanya kerana menyatakan pendapat berkenaan isu semasa dan politik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS