Ketepikan dulu kontroversi atau kisah panas yang pernah terhasil daripadanya.
Kini Fathia Latiff mendapat perhatian - malah pujian - daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semuanya kerana sikap terus terang dan 'nakal' pelakon terbabit mengusik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Melalui Twitter, Fathia meluahkan keinginannya untuk bertemu Najib.
“Saya pernah wawancara Tun (Dr Mahathir) sebelum ini, boleh tak bagi saya peluang untuk temubual @NajibRazak pula? Tolong? Saya berjanji akan jadi baik,” kata pemilik nama penuh Nur Fathiya Abdul Latiff itu.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam memberi reaksi balas dengan memberi kata-kata dorongan kepada Fathia.
Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff .
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 3, 2017
Inshaallah, kita akan bangkit bersama untuk mengembalikan maruah negara. pic.twitter.com/lMVuIUI5Tp
“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff. Insha-Allah, kita akan bangkit bersama untuk mengembalikan maruah negara,” katanya.
Bagaimanapun, sebagai respon, pelakon Nur Kasih itu berkata kekagumannya menjadi milik Mahathir atas pengorbanan pernah dilakukan tokoh pembangunan dan pemodenan negara itu.
Pernah sembang santai
Malah katanya, dia kecewa kerana terdapat juga manusia yang mudah lupa terhadap usaha dan peranan yang pernah dimainkan beliau ketika zaman pemerintahannya satu ketika dulu.
“Saya lebih kagum dengan Tun, mempertahankan maruah negara walaupun ramai yang sudah lupa pada sumbangan Tun yang tiada nilai dengan wang ringgit.
“Saya juga sedih dengan segilintir manusia yang tak menghargainya.Tetapi tidak mengapa, orang yang tidak buta hati masih dapat menilai, Insya-Allah,” katanya.
Fathia sebelum ini pernah mewawancara Dr Mahathir dalam satu program yang bersiaran secara langsung selama 45 minit pada 16 Jun lalu.
Melalui program Apa Kata Tokoh itu, Fathia mengajukan beberapa soalan bersifat peribadi serta santai termasuk kejayaan bekas perdana menteri itu membina Menara Kembar KLCC hingga ia menjadi mercu tanda negara.
Sementara itu dalam kemas kini lain di Instagram Fathia sekali lagi menyatakan rasa kagum dan dekatnya dengan Dr Mahathir.
"@inspirasikumahathir feels like crying looking into his eyes la wehh (rasa nak menangis memandang matanya...)