Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penantian dua tahun Maria Farida berakhir
Diterbitkan:  Nov 7, 2017 8:33 PM
Dikemaskini: 1:47 PM

Pelakon Datin Maria Farida berpuas hati dan gembira apabila kes saman malu yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mohamed Mokthar berpihak kepadanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

Maria atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza, 48, memfailkan tuntutan saman berkenaan pada tahun 2015 atas dakwaan Hadijah memfitnah, mengugut dan mengganggu privasinya.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun alami gangguan dan ancaman, akhirnya keadilan berpihak kepada saya,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Bekas isteri kepada Datuk Rahman Shakur itu didakwa tidak serik-serik melemparkan fitnah hingga memalukan Maria di media sosial.

Hal terbabit berlaku sejak pelakon Lara Aishah itu mendirikan rumah tangga dengan Rahman.

Sementara itu, memetik laporan Utusan Online, Maria menjelaskan dia masih belum menentukan jumlah sebenar tuntutan yang akan dibuat ke atas ahli perniagaan kosmetik terbabit.

“Saya tidak boleh berkongsi berapa tuntutan yang pihak di sebelah sana perlu bayar sebagai ganti rugi kepada saya.

“Kena tunggu kertas kerja dari pihak guaman siap baru boleh tahu lebih lanjut.

“Alhamdulillah, keputusan mahkamah tadi benar-benar buat hati saya lega. Saya harap selepas ini dia tidak lagi mengganggu kehidupan harian saya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS