Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Kelantan tetap haram Mak Yong
Diterbitkan:  Sep 22, 2017 3:17 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik larangan persembahan tarian Mak Yong di negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau mengulas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Kelantan menamatkan larangan itu, antaranya kerana ia perlu dihargai sebagai salah satu seni persembahan tertua di dunia.

“Kita ada dasar kita sendiri untuk tidak membenarkan persembahan Mak Yong daripada dilakukan di Kelantan.

“Kalau nak buat persembahan di luar Kelantan tidak ada masalah…kita kekal dengan dasar kita,” katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.

pelapor khas PBB dalam bidang hak budaya Karima Bennoune berkata, berbanding melarang ia dipersembahkan, pihak berwajib sepatutnya memberikan lebih penjelasan dan pemahaman terhadap makna amalan seni Makyong yang mempunyai sejarah panjang di Malaysia.

"Kelantan memiliki tradisi seni yang kaya, sekatan terhadap seni tradisi lain seperti wayang kulit, main puteri dan dikir barat juga perlu ditarik balik," katanya.

Tarian Mak Yong diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (Unesco).

Bennoune mengadakan lawatan 11 hari di Malaysia untuk menilai usaha melaksanakan hak budaya, khususnya hak orang ramai untuk terlibat dengannya tanpa sebarang diskriminasi, dan akan membentangkan laporannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB selepas mendapat maklumbalas daripada kerajaan Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS