Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Produksi tak arah Afifah rapat dengan Aliff
Diterbitkan:  Aug 10, 2017 2:22 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Tiada arahan dikeluarkan pihak produksi yang memerlukan Afifah Nasir memujuk atau melayan karenah gandingannya dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu, Aliff Aziz.

Pengarah drama berkenaan, Manchi atau Mansor Akob turut menafikan bahawa Afifah dipergunakan atas sebab-sebab tertentu bagi melancarkan baki penggambaran.

"Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

"Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik," katanya.

Hampir tiga minggu sejak insiden Afifah keluar bersama suami orang yang juga ‘heronya’ Aliff Aziz masih hangat diperkatakan.

Pada ketika itu, Aliff bertembung dengan isteri Bella Astillah yang masih dalam pantang di sebuah pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas 'kantoi', Aliff dalam satu sidang media tampil memohon maaf dan mengakui serik bermalam di lokap.

Apabila ditanya mengenai insiden di premis berkenaan yang berlaku pada 27 Julai lalu, Manci mendakwa tidak tahu menahu mengenai hal itu yang dikatakan berlaku atas urusan produksi.

"Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sementara itu, pada Isnin lalu, Afifah pula mengadakan sidang media di pejabat peguamnya dan mengakui insiden di pusat karaoke itu adalah atas urusan kerja.

Malah, Afifah turut mendakwa terpaksa keluar dengan pelakon kelahiran Singapura itu atas alasan mengikut perancangan pihak produksi.

Namun, isu terbabit masih berpanjangan apabila Aliff dalam kenyataan balasnya pula mendakwa Afifah mengeluarkan kenyataan berdolak-dalik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS