Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Adi Putra minta isteri kedua beri penjelasan
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 3:01 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Kontroversi rumah tangga Adi Putra bagai tidak berkesudahan. Terbaru pelakon itu memuat naik kiriman mesej dari isteri kedua, Nor Shahida Zolkifly menerusi akaun Instagram miliknya.

Pertikaian kali ini melibatkan “hutang budi” pelakon itu kepada Nor Shahida.

Dalam status itu, Nor Shahida berkata dia berterima kasih kerana Adi menunjukkan “wajah sebenar”, yang berbeza sama sekali dengan tanggapan awalnya.

“Saya berdoa abang berubah tapi abang tidak akan sesekali berubah. Penipu takkan pernah berhenti menipu,” kata Shahida.

Nor Shahida turut mendakwa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, berhutang budi padanya.

“Ya, saya tiada hutang budi pada kamu, tetapi kamu ada,” tulisnya.

Adi pula kemudian dalam statusnya dilihat meminta kepastian mengenai “hutang budi” yang dimaksudkan.

"Ramai tertanya tentang hutang apa, mungkin boleh senaraikan) hutang itu,” kata Adi.

Semakan Malaysiakini bagaimanapun mendapati status di media sosial itu sudah dipadam.

Kisah Nor Shahida dan Adi menjadi perbualan ramai selepas gambar pernikahan yang diadakan tanpa pengetahuan media mulai mereka tersebar di media sosial pada 16 Julai tahun lalu.

Adi kemudian tampil membuat pengakuan telah bernikah dengan Nor Shahida pada 20 Jun sebelum itu.

Isteri pertama Adi, Zuhaidah yusof atau lebih mesra dipanggil Aida dinikahi pada 14 April 2006.

Ekoran kemelut berpanjangan dalam rumah tangga, Adi pada 23 Mac lalu tampil membuat kenyataan terbuka sudah tiada lagi hubungan dengan kedua-dua isterinya itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS