Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Beyonce disaman AS$20 juta
Diterbitkan:  Feb 10, 2017 7:22 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Pemegang amanah bagi bintang YouTube dari New Orleans, memfailkan saman AS$20 juta (RM88,890,000) terhadap penyanyi Beyonce atas pelanggaran hak cipta.

Beyonce didakwa menggunakan suara mendiang Anthony Barre yang menggunakan nama julukan Messy Mya di YouTube dalam klip video Formation.

Pemegang amanah itu memfailkan saman di mahkamah persekutuan New Orleans AS pada Isnin mendakwa suara Barre digunaka pada babak pengenalan video itu, lapor The Associated Press.

Formation dirakam sebagai album keenam Beyonce, Lemonade yang diterbitkan pada 6 February 2016.

Ia ditulis oleh Khalif Brown, Jordan Frost, Asheton Hogan, Mike Will Made It termasuk Beyonce.

Lagu itu menerima pelbagai respon kerana didakwa mempamerkan pendirian anti polis, namun dinafikan oleh Beyonce.

Sesetengah pihak yang lain pula menyanjung lagu dan isi kandungan video berkenaan kerana menonjolkan bangsa Afrika-Amerika dalam cara yang tidak pernah dilihat pada media mainstream.

Aduan itu mendakwa pemegang amanah Barre tidak menerima sebarang bayaran atau penghargaan.

Selebriti Internet itu mati dalam satu kejadian tembakan ketika dalam perjalanan menghampiri kenderaannya di jalan St Anthony dan North Rocheblave pada 2010.

Selain Beyonce, saman itu turut menyebut nama beberapa penulis lirik, pengarah video dan syarikat dimiliki Kumpulan Warner Music.

Bagaimanapun, hingga kini, tiada sebarang maklum balas berhubung saman diperoleh daripada wakil Beyonce mahupun WMG.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS