Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Sikap Syamsul bikin Bella Dally tak betah di lokasi

Cabaran paling besar buat pelakon Bella Dally membawa watak heroin buat pertama kali adalah mengatasi perasaan gentarnya terhadap Syamsul Yusof.

Bukan mudah untuk bergandingan dengan Syamsul, apatah lagi sebelum itu Bella sendiri pernah dimaklumkan oleh pihak tertentu mengenai sikap aktor berkenaan yang sukar untuk didekati, khususnya pelakon wanita.

"Saya dimaklumkan Syamsul memang gemar mengasingkan diri semasa berada di lokasi penggambaran.

"Dia kurang bercakap dengan pelakon wanita tetapi saya menghormati sikapnya yang begitu, mungkin dia seorang yang mementingkan batas dan adab dalam pergaulan," katanya.

Bella atau nama asalnya Nabilah Ali Dally, 26, ditemui pada majlis pratonton filem Desolasi di Damansara, Petaling Jaya kelmarin.

Desolasi adalah buah tangan terbaru adik Syamsul, Syafiq, yang memaparkan kisah Aiman berdepan persoalan mengenai realiti kehidupan.

Jangan ambil hati

Dalam menghadapi ujian yang pelbagai, Aiman (lakonan Syamsul) sering dirundung malang hingga menyebabkan dia hilang arah.

Beranggapan nasib tidak menyebelahinya, Aiman sering menyalahkan takdir hingga akhirnya pada suatu hari selepas bangun dari tidur dia mendapati hidupnya keseorangan - tanpa satu pun makhluk lain.

Desolasi dijadual menemui penonton pada 8 Disember depan.

Menurut Bella, perasaan gentar terhadap Syamsul yang juga seorang pengarah itu turut menyebabkan dia sukar memperoleh keserasian yang diperlukan semasa beraksi di depan kamera.

Namun, kata isteri kepada pelakon Nazim Othman itu, hal berkenaan dapat diatasi kira-kira tiga hari selepas mereka memulakan penggambaran.

Turut membantu meredakan keadaan, Syamsul - yang pernah memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia menerusi Munafik - ada mendatanginya untuk ‘menenangkannya.’

“Ia penting untuk saya mencari keserasian antara gandingan pelakon gandingan demi menjayakan watak diberi.

“Untuk beraksi dengan berkesan saya perlu tahu bagaimana karakter pasangan dalam lakonan.

“Bagaimanapun dia pernah menghampiri saya lalu memberitahu sikapnya memang begitu terhadap pelakon perempuan, justeru tidak perlu ambil hati,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS