Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata arca Puncak Purnama di Jalan Atap, Kuala Lumpur diruntuhkan kerana menyakitkan mata.
Katanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima rungutan daripada orang awam berhubung arca berkenaan.
Disebabkan itu katanya dipetik Malay Mail Online DBKL memutuskan untuk lebh baik ia diruntuhkan.
"DBKL perlu merobohkannya kerana ia terlalu usang dan tiada cara untuk membaik pulih keadaan arca berkenaan.
“Ia adalah pilihan terbaik kerana ia sudah menyakitkan pandangan dan kita tak mahu ia mengganggu sesetengah orang," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
[Berita berkaitan: Arca Seniman Negara roboh tak siapa peduli?]