Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Berazam belajar daripada kesilapan lalu, kini pelakon Nabila Huda nekad untuk bersungguh-sungguh menjaga hati dan perasaan bapanya, Amy.

Nabila menyedari sikap yang pernah dipamerkan satu ketika dulu sedikit sebanyak menjejaskan hubungannya dengan vokalis Search itu.

Justeru, dia tidak lagi mahu mengundang konflik bapa - anak. Bagi Nabila, apa yang sudah berlalu, biarkan berlalu.

Lebih penting daripada itu Nabila, 32, memilih untuk lebih berhati-hati dalam menjaga sikap supaya tidak merugikan diri sendiri.

“Masa muda dulu saya sering memberontak kalau timbul sesuatu hal, tetapi ia sebenarnya perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja.

“Kini saya benar-benar mahu menjaga hati papa (Amy) dan tidak mahu dia berkecil hati lagi dengan tingkah laku saya," katanya yang ditemui di sidang media teater Lela Manja di Istana Budaya kelmarin.

Lela Manja karya adaptasi filem klasik Melayu pernah diarah Jamil Sulong pada 1960 dan kini diangkat ke pentas teater bermula 22 Julai depan.

Ada di tahap selesa

Pementasan teater berkonsepkan bangsawan dan rakyat diarah Ramli Lani, manakala skrip hasil sentuhan Hairul Anuar Harun. Antara pelakon yang ditampilkan ialah Aeril Zafrel, Rashdan Baba, Shahronizam Noor, Hafidz Roshdi, Jay Iswazir, Syazwan Zulkifly dan Nabila.

Sejak bergelar isteri kepada pemilik kafe Mohd Izwan Johar Disember tahun lalu, Nabila gembira dirinya bebas dikaitkan daripada sebarang kisah negatif.

Kata Nabila, selain perasaan bapa yang perlu dijaga, hubungan baik dengan suami dan mertua juga perlu dititikberatkan.

“Saya berada pada tahap selesa dengan diri sendiri selain lebih suka duduk di rumah dan mengurus hal kekeluargaan,

"Sekarang saya tidak keluar rumah atas urusan yang tidak penting. Kehidupan sekarang lebih aman dan bahagia kerana tiada lagi perkara tidak elok yang boleh dikaitkan dengan saya,” kata bintang Akulah Balqis itu.

Bercakap mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat pula, aktres itu tidak menolak seandainya ‘rezekinya’ sudah tiba.

Nabila dikurniakan anak perempuan Keisha Laila, 6, hasil perkahwinan terdahulu dengan Zaidy Zailani pada 2008.

Tetapi kata Nabila, pada masa sama, dia belum puas menikmati fasa berbulan madu dengan suaminya.

“Saya sentiasa mencuba untuk mendapatkan cahaya mata tetapi sekarang seakan masih tidak puas menikmati bulan madu.

“Dan sebenarnya saya belum lagi pergi ke mana-mana untuk berbulan madu kerana suami sibuk bekerja. Teringin juga melawat tempat-tempat pelik seperti melihat fenomena aurora Borealis atau Northern Lights dan melakukan aksi mencabar terjun lelabah.

“Ia masih dalan perancangan dan mungkin akan dilaksanakan selepas tamat jadual penggambaran pada September depan.

“Buat masa ini, saya hanya berbulan madu di rumah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS