Lelaki yang didakwa menjadi bapa ayam kepada ramai selebriti Indonesia sudah bebas dari Penjara Cipinang beberapa hari lalu.
Meski baru menghirup udara segar di luar penjara Robby Abbas tidak mengambil langkah berdiam diri, malah mula membuka 'pekung' banyak selebriti yang diuruskannya.
Kata Robby, Nikita Mirzani bukanlah salah seorang selebriti yang mendapatkan khidmatnya mencari pelanggan.
"Nikita tidak pernah datang meminta 'kerja' dengan saya, tapi dia ada kes yang lain, kan?" katanya kepada media semalam.
Sebelum ini Nikita (gambar) mengancam untuk menyaman Robby jika lelaki itu mengaitkan namanya dengan jaringan sindiket pelacuran dikendalikannya.
Namun Robby menjawab bersahaja: "Saya tak takut dengan ancaman Nikita. Saya ada tuhan," katanya.
Cuma bukan itu saja cerita Robby. Di luar penjara kini Robby bebas bercerita tentang beberapa artis yang menjadi 'anak didiknya' dalam aktiviti berkenaan.
Dia ada 'kunci'
Jika dulu dia hanya merujuk dua artis wanita yang mendapatkan khidmatnya hanya AA, TM dan SB, kini dia mendedahkan mereka ialah Amel Alvi, Tyas Mirasih dan Shinta Bachir.
Walaupun ketiga-tiga artis itu segera membuat penafian, Robby sebaliknya mendakwa dia memiliki banyak bukti untuk membuat orang ramai terkejut.
"Saya akan tunjukkan bukti pembabitan mereka. Bukan kerana sakit hati disebabkan penafian demi penafian dibuat tetapi kerana saya sudah berjanji kepada orang ramai.
"Nantilah, saya dedahkan. Ada rahsia besar yang lain lagi. Saya ada kuncinya," kata Robby.
Sementara itu Tyas menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam rangkaian sindiket pelacuran dikendalikan Robby.
Bukan itu saja, malah Tyas mendakwa langsung tidak mengenali Robby - walaupun Robby sebaliknya mengaku mereka saling berkawan sejak lebih lima tahun lalu.
Thank you so much @newbayang_cafe for having me 💛
A photo posted by Tyas Mirasih (@tyasmirasih) on
Pada masa sama orang ramai berpeluang melihat imej Tyas sebagai duta beberapa produk dengan sebahagiannya dalam keadaan berpakaian seksi.
Selebriti berusia 29 tahun itu pernah bergaya di depan kamera untuk mempromosi vila mewah di Seminyak.
Kelihatan berbikini, isu yang menjadi perbincangan netizen malah bukan pakaian itu sebaliknya mereka 'menyelidik' sama ada Tyas memang berpakaian baju renang atau cuma pakaian dalam.
Ia kemudian dibalas Tyas: "Kepada yang tidak tahu, ini namanya bikini fesyen higwaist. Aduuhh."
Antara filem lakonan Tyas ialah Air Terjun Pengantin (2009), Hantu Budeg (2012) dan produksi Malaysia, Laga (2014).