Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Samantha Schubert meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 26, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 4:05 AM

Pelakon dan salah seorang model Eurasia untuk industri periklanan di negara ini, Samantha Schubert, meninggal dunia akibat barah pankreas semalam.

Bekas ratu cantik Malaysia 1991 itu baru saja memasuki usia 47 tahun Sabtu lalu.

Samantha dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu akibat komplikasi penyakitnya.

Portal berita mStar melaporkan Samantha, 47, meninggal dunia di pusat perubatan berkenaan kira-kira jam 7.15 malam.

Dia dikatakan dikesan menghidap barah pada Ogos tahu lalu. Samantha menetap di England dan datang ke negara ini untuk menyertai projek kendalian rakannnya Susan Lankester.

Berdasarkan keterangan di laman sesawangnya Samantha - yang turut menjadi produser - dikenali melalui lakonannya dalam filem terbitan 1994, Red Scorpion 2, The Red Kebaya (2006) dan Amok (1997).

"Seorang model berjaya pada awal 1990-an, kerjayanya merangkumi pelbagai iklan di media cetak dan lebih 30 terbitan televisyen serta memenangi gelaran ratu cantik Malaysia/Dunia 1991," keyataan itu dipetik.

Samantha belajar di Sekolah Perfileman dan Teater Lee Strasburg di Los Angeles, The Beverly Hills Playhouse Los Angeles dan Drama Studio London.

Samantha berkahwin dengan Oliver Knott, 47, dan pasangan itu membesarkan tiga anak - Jodie, 12; Harry, 10; dan Thomas, 7.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS