ADS
mk-logo
Seni & Hiburan

Mungkin nama Isyana Sarasvati masih asing buat peminat muzik di Malaysia, tetapi di negara asalnya si cantik manis itu memang terkenal sebagai penghibur berbakat besar.

Malah wajah Isyana, 23, juga sering mengisi ruang papan iklan – apabila dia dilantik menjadi duta produk – selain muziknya selalu diputar di stesen radio Indonesia, manakala klip video di YouTube ditonton berjuta kali.

Dengan bakat besar itu, dia memasang impian untuk mengadakan projek khas dengan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau Datuk Sheila Majid.

Itu pantas diberi apabila ditanya keinginannya ketika sesi soal jawab melalui telefon di Kuala Lumpur semalam. Sesi itu dikendalikan Sony Music Malaysia di pejabat syarikat berkenaan.

“Sejak kecil saya memang menggemari lagu Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid.

ADS

“Sekiranya saya mempunyai peluang, sudah tentu saya akan memilih kedua-duanya,” kata Isyana.

Bakat turun dari ibu

Setakat ini sudah tiga single Isyana diterbitkan iaitu Keep Being You dan Paseban Cafe pada 2014 dan Tetap Dalam Jiwa (2015). Dia juga menghasilkan sebuah album pada tahun lalu, berjudul Exlpore.

Perkembangan Isyana dalam muzik bermula seawal dia berusia tiga tahun apabila mula didedahkan dengan piano.

Bakat seni Isyana turunn daripada ibunya, Sapta Dwikardana, seorang guru vokal, pengajar electone dan piano.

Selain bernyanyi, Isyana turut pandai bermain pelbagai alat muzik termasuk seksofon.

Ketika berusia tujuh tahun, Isyana sudah berkebolehan mengubah lagu. Justeru tidak aneh sekiranya jelitawan dari Bandung itu menghasilkan semua lagunya sendiri.

Isyana juga pernah tiga kali menjuarai acara Festival Grand Prix Electone Asia Pasific iaitu pada 2005, 2008 dan 2011.

Mengenai proses mencipta lagu, Isyana berkata dia memperoleh ilham menerusi pengamatan sekeliling.

Sebalik wajah ada rahsia

“Dengan menjadi pemerhati, saya menggunakan apa yang dilihat sebagai sumber inspirasi untuk menghasilkan lagu.

ADS

“Lagu-lagu saya sering berkait rapat daripada kejadian yang menimpa rakan baik mahupun peribadi dan imaginasi sendiri," katanya.

Melihatkan wajah Isyana mungkin segelintir pihak menganggap dia sebagai seorang yang pendiam atau pemalu.

Dengan wajah seperti itu, dia juga mungkin dianggap tidak mampu menjayakan sebuah persembahan dengan baik terutama apabila terpaksa mendepani penonton.

Namun, diri Isyana adalah sebaliknya.

“Jika orang lain melihat wajah saya, mereka mungkin sependapat saya begitu.

“Tetapi saya seorang yang begitu ekstrovert. Di sebalik wajah itulah saya mampu menjadi seorang pemerhati yang baik,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS