Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Madonna mabuk, mengarut atas pentas
Diterbitkan:  Mar 15, 2016 11:39 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Babak yang sepatutnya kelihatan menyentuh perasaan dan beremosi bertukar menjadi kebimbangan ketika Madonna mendendangkan sebuah lagu istimewa untuk anaknya, Rocco Ricthie di Melbourne Australia minggu lalu.

Madonna yang masih bergelut untuk mendapatkan hak penjagaan Rocco daripada bekas suaminya Guy Ritchie dilaporkan seperti mabuk di atas pentas.

Persembahan Tears of a Clown di Panggung Forum di Melbourne itu lewat empat jam daripada sepatutnya.

Ketika di atas pentas Madonna, 57, juga mengakui mengambil arak sebelum membuat persembahan.

"Satu perkara yang saya buat di sini - dan tak pernah saya lakukan sebelum ini - ialah mengambil arak," katanya.

Di antara persembahannya Madonna didakwa berkata: "Saya tak sepatutnya meminta alkohol sekarang, tetapi demi tuhan, tolong ambilkan saya arak."

Dia memulakan persembahan dengan tiba di pentas dengan berpakaian seperti badut dan menaiki basikal kanak-kanak.

Ketika dia menyampaikan lagu Intervention - dengan baris pertama berbunyi “I got to save my baby,” sekeping gambar Rocco muncul di tirai belakang.

Lupa lirik berkali-kali

Madonna berehat seketika daripada siri konsert jelajahnya Rebel Heart untuk menjayakan persembahan Tears of a Clown yang berbentuk lebih dekat dengan peminatnya.

Tears of a Clown sepatutnya bermula pada jam 8.30 malam namun penganjur hanya membenarkan penonton masuk ke dewan utama pada jam 11 malam.

Madonna muncul di pentas pada 12.50 pagi dan konsert itu berakhir sejurus sebelum jam 3 pagi.

Perkembangan itu berlaku ketika agensi berita menyiarkan laporan Hakim Mahkamah Tinggi Keluarga London Alistair MacDonald berkata beliau sedang menganalisis isu perundangan yang terhasil daripada pertikaian hak penjagaan Rocco.

The Tears of a Clown show began with Madonna rides a tricycle across the venue in clown suit. pic.twitter.com/i49xxgOGFY

— Madonna Source (@MadonnaDailyID) March 10, 2016

MacDonald juga berkata dia "sangat berharap" Madonna dan Ritchie boleh mencapai persetujuan bagi menyelesaikan pertikaian mereka demi kepentingan remaja berusia 15 tahun itu.

Peminat yang menyaksikan konsert itu pula menggunakan Twitter untuk menceritakan apa yang berlaku.

Seorang daripada mereka menulis: "Setakat ini Madonna mabuk dan berkali-kali terlupa lirik."

Seorang yang lain berkata: "Madonna membuat persembahan untuk meminta anak lelakinya pulang. Amat menyentuh, dan sangat mabuk."

Rocco mengunjungi bapanya di London sebelum Krismas namun enggan pulang kepada Madonna di New York selepas itu.

Sehari sebelum konsert itu Rocco hadir di mahkamah bersama Guy, 47, serta isteri baru pelakon dan pengarah filem berkenaan, Jacqui Ainsley, 34.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS