Penyampai radio popular Fara Fauzana, 35, yang digosipkan bercinta dengan seorang juruterbang terus berteka-teki mengenai hubungan istimewa itu.
Ditemui media di Kuala Lumpur hari ini, Fara mengambil sikap enggan menjawab untuk mengesah atau menafikan laporan berkenaan.
"Saya tidak mahu mengulas sebarang kisah peribadi.
"Saya hanya ingin bercakap mengenai filem Boboboi saja," katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran filem animasi itu di sebentar tadi.
Spekulasi mengenai hubungan Fara dan juruterbang 'misteri' itu tersebar pada Ahad lalu.
Melalui laporan berkenaan Fara didakwa sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seseorang yang dipercayai bekerja sebagai juruterbang.
A photo posted by FARA FAUZANA (@therealfafau) on
Khabar itu tercetus apabila wartawan berkenaan terdengar perbualan seseorang mengusik Fara di sebuah majlis hiburan.
Fara atau lebih mesra dikenali sebagai Fafau meminta semua pihak untuk menghormati ruang privasinya.
Sementara itu, mengenai wataknya dalam Boboboi , Fara menyumbangkan suaranya untuk dua karakter iaitu sebagai nenek dan penyampai berita.
Katanya, tawaran berkenaan diterima tanpa mengetahui watak yang akan dibawa.
"Saya terus terima tanpa fikir panjang.
"Watak itu adalah cameo dan rakaman selesai dalam tempoh tiga hari.
"Saya teruja dan tidak mahu lepaskan peluang untuk menyumbangkn suara terutama filem ini bukan hanya untuk pasaran tempatan saja," katanya.