Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Suami Celine Dion meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 15, 2016 9:15 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Selepas menyatakan bersedia untuk berdepan kematian suaminya, hari ini detik itu pun tibalah.

Rene Angelil yang disahkan menghidap kanser tekak pada 2000.

Keadaan itu mendorong Celine Dion mengambil keputusan berehat daripada kerjayanya sebagai penyanyi untuk menjaga Angelil.

Kematian Angelil, 73, diumum Celine sendiri beberapa jam tadi.

Angelil menghembus nafas terakhir di rumah pasangan itu di Los Angeles, AS.

Bercakap kepada USA Today pada Ogos tahun lalu Celine berkata dia pasti akan terkesan teruk apabila Angelil menghembus nasfas terakhir apabila masanya tiba.

"Tetapi cabaran terbesar saya nanti adalah meyakinkan suami bahawa tiada apa yang perlu dirisaukannya. Kami akan OK. Saya akan menjaga anak-anak dengan baik," katanya.

Celine dan Angelil berkahwin pada 1994 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

BBC.com melaporkan lelaki kelahiran Montreal pada 1942 itu berkenalan dengan Celine - dan ditawarkan menjadi pengurusnya - ketika penyanyi itu baru saja berusia 12 tahun.

The Montreal Gazette mendakwa Angelil mencagarkan rumahnya untuk membiayai album pertama Celine.

Setakat ini Celine menghasilkan 25 album studio.

Antara lagu paling popular Celine ialah My Heart Will Go On yang menjadi lagu runut bunyi filem terbitan 1999, Titanic .

Tahun lalu Celine kembali ke pentas persembahan selepas setahun menjaga Angelil.

Lelaki itu meletak jawatan sebagai pengurus isterinya pada 2014.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS