Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Skandal pelacuran Nikita, Puty: Rp50 juta mahal, bos!
Diterbitkan:  Dec 16, 2015 11:54 AM
Dikemaskini: 4:28 AM

Siapakah lagi yang mampu menggunakan khidmat pelacur kelas atasan kalau bukan individu yang kaya - termasuk pegawai kanan kerajaan.

Itu tanggapan Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama.

Ditanya pendapatnya mengenai skandal sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan dua selebriti Indonesia - Nikita Mirzani dan Puty Regita - Basuki yang lebih mesra dipanggil Ahok itu kelihatan terkejut.

"Siapa yang mampu membuat bayaran semahal itu?

"“Rp65 juta sekali pakai? Itu mahal, bos!" katanya.

Nikita ( gambar ) dan Puty ditangkap polis dalam operasi khas pada malam Khamis lalu di sebuah hotel mewah di Jakarta Pusat.

Ketika serbuan dibuat, kedua-dua mereka didakwa sudah bersedia melayan pelanggan masing-masing.

Siasatan mendapati bayaran untuk menjadi pemuas nafsu itu ialah antara Rp50 juta (RM15,435) hingga Rp120 juta (RM37,045).

Kalau mahu adil, biar semua

Bagaimanapun setakat ini polis belum menyatakan secara rasmi status Nikita dan Puty.

Ketika ada pihak mendakwa kedua-dua mereka sudah mengaku melacur dengan rela, pihak lain - dalam pasukan polis juga - menganggap selebriti terbabit sebagai "mangsa".

Hanya dua lelaki setakat ini ditangkap atas status suspek bapa ayam.

Nikita adalah pelakon yang sering tampil seksi dan Puty merupakan peserta finalis pertandingan ratu cantik Miss Indonesia 2014.

Dua suspek bapa ayam itu sehingga kini hanya dikenali sebagai "O" dan "F".

Sumber memberitahu mereka mengenakan bayaran Rp65 juta (RM19,915) untuk layanan selama tiga jam, manakala Puty RM40 juta (RM12,255) bagi tempoh sama.

Kata Ahok, polis perlu mengambil tindakan terhadap semua pihak yang terbabit.

"Kalau mahu adil, semua yang terlibat mesti didakwa. Jangan hang menjual saja dihukum, yang membeli juga mesti didakwa," katanya.

Meskipun kemudian menafikan, difahamkan Nikita sudah bekerjasama dengan bapa ayam tersebut sejak empat tahun lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS