Tindakan polis segera membebaskan dua selebriti yang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran menarik perhatian ramai di Indonesia.
Ketika tanda tanya masih belum terjawab, polis mendakwa dua artis itu - kini didedahkan sebagai Nikita Mirzani dan Puty Revita - adalah mangsa bapa ayam.
Kedua-dua lelaki yang disyaki menjadi bapa ayam itu setakat ini dinamakan hanya sebagai "O" dan "F".
Bagaimanapun peguam tertuduh, Osner Johnson Sianipar meminta pihak berkuasa mengkategorikan Nikita serta Puty sebagai "mangsa" dalam kes berkenaan.
"Mereka boleh dianggap sebagai mangsa jika dipaksa. Dalam kes ini, mereka tidak dipaksa, sebaliknya mahukan keadaan itu," katanya kepada Tempo .
Malah, kata Osner, kadar bayaran yang dikenakan kepada pelanggan juga ditetapkan sendiri oleh Nikita serta Puty.
"Inilah kelemahan undang-undang Indonesia. Sepatutnya kedua-dua pihak dilayan sama rata," katanya.
Sudah hubungi peguam
Nikita dan Puty ditahan bersama beberapa yang lain ditahan polis di sebuah hotel lima bintang di Jakarta.
Nikita, 29, memang sering tampil seksi dan menarik perhatian ramai termasuk ketika menjalani penggambaran.
Filem pertama lakonan Nikita ialah Lihat Boleh, Pegang Jangan pada 2010.
Nikita didakwa sedang bersiap-siap untuk melayani seorang pelanggan sebelum dia ditangkap. Pelanggan itu kemudian dilaporkan sebagai anggota polis yang menyamar.
Menurut sumber polis, kedua-dua selebriti itu mengenakan bayaran antara Rp50 juta (RM15,435) hingga Rp120 juta (RM37,045) sebagai imbulan perkhidmatan mereka.
Sementara itu sumber polis memberitahu penyiasat akan mengambil keterangan daripada Nikita esok.
"Polis sudah berhubung dengan peguam suspek.
"Kami berharap mereka akan bekerjasama dan hadir ke balai polis. Kami sangat memerlukan keterangan mereka," katanya.
Bandung panas, pic.twitter.com/0ni9dFAJ0s
— Nikitamirzani17 (@NikitaMirzani) October 27, 2014