Meskipun Malaysia mempunyai ekosistem halal yang paling komprehensif di dunia, nilai eksport Malaysia dalam kategori ini masih belum mencapai target yang disasarkan berbanding penggunaan global produk Halal. Mungkinkah Malaysia tidak cukup pemain dan pengeluar produk halal yang memenuhi permintaan dunia.
Atau mungkinkah cabaran yang dihadapi oleh syarikat PKS Malaysia, tidak mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan jumlah besar produk halal. Jom kita diskusi, apa lagi yang diperlukan oleh PKS untuk merancakkan industri halal dan akhirnya melebarkan sayap ke luar negara.
Tarikh : 28 Januari 2022
Masa: 5pm-6pm
FB Live: Malaysiakini BM / Kinihalal/ KiniTV BM
Masa: 5pm-6pm
FB Live: Malaysiakini BM / Kinihalal/ KiniTV BM
Moderator: Syilda Ismail, Penerbit Kanan, Kinihalal
Panelis:
- Noor Mohamed Amin Mohamed - Ketua Pembangunan Perniagaan, Perbankan Komersil, CIMB Islamic Bank Berhad
- Hafiz Jamaluddin - Ketua, Halal Integrated Platform, Halal Development Corporation
- Eleen Chan - Pengarah Lifestyle Ventures Sdn. Bhd.
- Mohamad Faisal - Pengasas Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd.
Tekan 'Going' di Facebook Event Page untuk dapatkan notifikasi semasa FB Live bermula: Apa yang diperlukan untuk merancakkan industri Halal pasca pandemik?