Masih ramai di kalangan kita yang memandang ringan mengenai pengurusan harta. Tahukah anda bahawa hibah dapat menyelesaikan kemelut ini di kemudian hari?
Perebutan harta pusaka adalah isu yang tiada penghujung dan merupakan senario yang sering dibincangkan di kalangan rakyat Malaysia. Wasiat, hukum faraid dan hibah merupakan salah satu solusi dalam pembahagian harta namun apakah solusi yang terbaik? Pemilihan dan perancangan kewangan merupakan perkara yang penting dalam pembahagian harta agar dapat menjaga kebajikan pewaris di kemudian hari.
Hibah atau hiba? Keputusan di tangan anda dalam menguruskan harta persendirian. Apakah perbezaan hibah dan wasiat? Bagaimana hibah membantu dalam menguruskan harta? Apakah kelebihan hibah bersyarat dalam takaful?
Ketahui jawapan anda di episod kedua PruBSN bertajuk 'Hibah atau hiba, pilihan di tangan anda' yang dibawakan khas kepada anda bersempena dengan ulang tahun ke-15 PruBSN! Daftar secara percuma di sini dan ikuti sesi Zoom eksklusif pada 27 September 2021, jam 9 malam bersama hos Deen yang akan menemu bual
1. Dr. Abdullaah Jalil, Pengerusi Jawatankuasa Syariah, PruBSN
2. Prof Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff, Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Azhani Ishak, Perancang Kewangan Takaful, PruBSN
Jumpa anda di sana!