Nov
25
Kesihatan Lelaki: Diabetes & Mati Pucuk
Location
Zoom
Event Date
25 November 2021

Tahukah anda bahawa lelaki yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berkemungkinan mengalami mati pucuk?

Golongan lelaki yang menghidap diabetes juga berisiko untuk memiliki jumlah sperma yang rendah berbanding lelaki normal sekaligus menyebabkan kadar kesuburan juga menurun.

Dengan perubahan gaya hidup, cara pemakanan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala, diabetes boleh dicegah.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai diabetes dan kesihatan lelaki dalam topik Kesihatan Lelaki: Diabetes & Mati Pucuk pada 25 November 2021, jam 9 malam bersama hos Deen yang akan menemu bual:

1. Dr. Kasthuri Dhevi Naidu, Ketua Bahagian Tuntutan, PruBSN
2. Dr. Vikramjit Singh Saren, Pakar Perunding Bedah Urologi, KPJ Sentosa KL Specialist Hospital
3. Ms. Pong Seng Ying, Ketua Pakar Diet, KPJ Sentosa KL Specialist Hospital

Daftar secara percuma sekarang di sini dan anda juga akan mendapat rundingan takaful percuma daripada ejen takaful!


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.