Ketika saya membaca laporan tentang Tun Dr Mahathir Mohamad kebelakangan ini, saya tiba-tiba menyedari bahawa jiwa saya telah diresapi oleh satu perasaan. Sebenarnya, perasaan yang ada dalam hati saya ini adalah perasaan yang 'hitam'. Dari kitab-kitab suci yang pernah saya baca, perasaan 'hitam' ini tidak seharusnya wujud dalam roh saya.
Al-Quran melarang manusia memiliki perasaan ini. Kitab suci Gautama Buddha banyak memperkatakan bagaimana insan wajib melawan perasaan hitam ini. Malah sama seperti ajaran Sufi, Sidarhata juga mengajukan pelbagai bentuk cara dari zikir, bermeditasi, bernafas dan pergerakan badan agar perasaan
hitam ini lupus.