Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ops Lalang yang lena sejak lebih dua dekad lalu, baru-baru ini dikejutkan dengan hembusan badai supaya kisah itu digamit semula bagi mencari dalang atau alasan bagi pihak berkuasa  kembali sibuk memburu 'anasir-anasir' yang kononnya membahayakan keselamatan negara.

Suka ataupun tidak, ada yang berpendapat ‘cantasan lalang’ akan berulang. Namun, sebelum kita tatapi signifikan cerita dinihari, molek kita amati dulu peristiwa tempoh hari.

mahathir and operasi lalang 14 Mac 1988, -  empat bulan selepas operasi tersebut, kementerian dalam negeri (KDN) mempersembahkan kertas puttih berjudul ‘Ke Arah Memelihara Keselamatan Dalam Negeri’ kepada parlimen.

Kertas putih itu memaparkan justifikasi kerajaan untuk penangkapan beramai-ramai dalam operasi yang diadakan tahun sebelumnya.

Operasi yang melihat lebih seratus individu ditahan tanpa bicara, hak berkumpul secara aman disekat dan lesen penerbitan empat akhbar ditarik balik.

Urutan cengkaman totalitarian yang Bapa Kemerdekaan kita sendiri Tunku Abdul Rahman labelkan sebagai anjungan kepada sebuah negara kuku besi !

azlan Siapa saja yang mengeluarkan arahan, sama ada pihak polis atau perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad, kertas putih berkenaan tidak menyatakannya.

Yang dicatatkan hanyalah "kerajaan mengambil keputusan untuk bertindak."

Tidak salah kalau ditafsirkan 'kerajaan' ini adalah pihak berkuasa ketika itu, yang dipimpin oleh Dr Mahathir. Lebih-lebih lagi, laporan berkenaan disediakan oleh KDN, porfolio yang dipegang Mahathir dari 1986 hinggalah 1999.

'Berakhirnya di pejabat PM'

Walaupun betapa bebalnya bantahan Mahathir yang menafikan beliau bertanggungjawab mengeluarkan arahan itu, telunjuk masih membidik ke dahi bekas perdana menteri yang juga menteri dalam negeri ketika itu.

mahathir and crowd Namun penulis sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ ini mempunya ingatan yang agak berlainan.

Jarinya dituding kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab memulakan Ops Lalang.

"Saya berjumpa dengan pemimpin pembangkang (terlebih dahulu) dan memberi jaminan yang mereka akan kekak bebas. Tapi apa yang polis buat? Ditangkapnya mereka. Kewibawaan saya musnah," kata Mahathir kepada wartawan dan penulis Tom Plate.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, seorang daripada tahanan itu menyangkal dakwaan berkenaan.

Katanya, Mahathir tidak pernah berjumpa beliau dan mencabar bekas perdana menteri menamakan ketua-ketua pembangkang yang ditemuinya dan diberi jaminan kebeabasan mereka itu.

NONE Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar pula mempertahankan Dr Mahathir. Katanya pihak polis yang bertanggungjawab.

Tetapi beliau sempat menuding jari kepada Dr Mahathir untuk arahan tahanan selanjutnya selepas tahanan tempoh 60 hari dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri luput.

"Dari masa itu, semuanya adalah keputusan beliau," kata Hanif.

Walhal pun jika polis benar bertindak sendirian, tanggungjawad mutakhir masih berada di tangan perdana menteri yang memerintah, ulas pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari.

Katanya, "segalanya berakhir di pintu pejabat perdana menteri".

Aturan sejarah juga menjadi saksi yang perdana menteri yang disifatkan bagaikan Machiavelli ini, tidak mungkin memberi kebebasan kepada polis untuk bertindak sesuka hati.

Keselamatan negara atau kesinambungan politik?

Soalan cepumas dalam percaturan ini bukanlah siapa yang mengeluarkan arahan. Tetapi yang lebih menggusarkan adalah alasan kerajaan untuk melaksanakan Ops Lalang. Ura-ura serupa seperti sudah kunjung tiba, seperti yang didakwa pihak berwajib.

ops lalang chan tse yuen arrest 271005 Terdapat enam bahagian di dalam laporan yang ditulis pada tahun 1988 itu. Setiap bahagian menyentuh perkara yang pihak berkuasa dakwa sebagai pemangkin "aktiviti yang membahayakan keamanan rakyat dan keselamatan negara".

Antara isu yang disentuh ialah penggamatan isu-isu sensitif, bahaya 'Kristianisasi', Islam yang radikal, kebangkitan golongan sosialis dan pelajar, pengganas komunis dan akhbar yang enggan tunduk dek telunjuk kerajaan.

Tidak terlalu liar untuk kita bayangkan yang isu-isu terbabit juga sedang digembar-gemburkan, isu sensitif umpamanya menjadi permainan NGO-NGO belaan sebuah parti Melayu dan pihak berwajib seakan pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap demonstrasi.

azlan Kerajaan pula seperti sedang cuba untuk menghalang kebangkitan aktivis pelajar dan gelombang rakyat sejagat yang makin celik dengan kesedaran sosial.

Begitu juga dengan isu-isu yang dicanagkan PAS, petubuhan Kristian dan juga isu agama yang seperti diapi-apikan menjurus kepada perlanggaran. Timbul juga isu kewujudan sel-sel pengganas di Malaysia kononnya berleluasa walaupun tanpa bukti mantap.

Pihak berkuasa juga dewasa ini asyik menegur suratkhabar dan penerbitan supaya lebih 'berkerjasama' dengan agenda pemerintah atau menjadi sasaran amaran dan kawalan. Jika dilihat keadaan sejagat mungkin agak keruh sekali.

azlan Tetapi adakah kelodak ini masalah nyata ataupun propaganda? Adakah ia isu keselamatan dalam negara ataupun alasan kesinambungan politik sebuah rejim yang mencecah 53 tahun ini.

Tanpa bayangan rusuhan kaum dan juga pertembungan agama, mungkin sudah tiada ruang untuk institiusi politik rapuh dan lapuk seperti BN. Binaan politik usang seperti ini mungkin patut dimandulkan saja untuk kebaikan rakyat.

Amaran dan peringatan

Tetapi lebih gawat lagi, adalah ketakutan yang menyakat BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila memerhati kan kejatuhan rejim-rejim kuku besi di Asia Barat.

NONE Ini memungkingkan beliau berpatah balik ke taktik usang untuk kekal berkuasa. Lihat saja amaran jelasnya yang "kita tak akan benarkan ia berlaku di sini," dan juga peringatan berlapik kepada ahli perniagaan untuk terus berkerjasama dengan kerajaan atau menerima akibat yang kurang menyenangkan.

"Ini bukan masa buat uji kaji atau memperjudikan masa depan. Saya rasa anda tahu apa yang saya sedang katakan... Biasalah, orang berniaga senntiasa peka dan pragmatik," kata Najib di rumah terbuka anjuran SMI Malaysia di Petaling Jaya semalam.

Amaran Najib kepada ahli-ahli perniagaan mungkin ingin menutup kemungkinan ada yang akan menaja kebangkitan rakayt ataupun mencarum kepada dana politik pihak Pakatan Rakyat.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1 Seperti kita tahu, kebangkitan di Medan Tahrir dan tempat-tempat lain di Mesir tidaklah seampuh itu sekiranya tiada bantuan daripada pihak korporat.

Menjana kebangkitan rakyat, seperti juga menjalan kempen politik pembangkang di sistem politik berat sebelah negara ini, kedua-duanya adalah pertaruhan yang tinggi harganya.

Dengan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang telah cabut dari Kaherah dan pertukaran kuasa awal pagi tadi, mesej ini mungkin ingin dicanangkan dengan lebih keras oleh Najib dan BN, agar rakyat tidak teruja untuk mencubanya di Malaysia.

ops lalang 261005 star front page 'Mesir and Medan Tahrir!'

Justeru, jangan terkejut jika tiba-tiba atas arahan perdana menteri ataupun polis yang 'bebas', tiupan angin yang berwajib mungkin kembali mencantas 'lalang' lagi.

Namun kini, taktik sedemikian jauh sekali akan meredakan tentangan terhadap Najib dan BN, sebaliknya ia mungkin menyemarakkan api dalam sekam, membakar kebangkitan ala Mesir yang cuba dihindari pihak kerajaan.

Di zaman komunikasi segera dan alam maya internet, propaganda dan kawalan berita tidak lagi berkesan. Agak susah untuk pihak berkuasa menakutkan rakyat hanya dengan propaganda.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1 Wujudnya rangkaian sosial juga memungkinkan rakyat untuk menjana kebangkitan di peringkat akar umbi, walaupun tanpa arahan pimpinan. Apatah lagi jika pimpinan mereka dipenjarakan, akan marak lagilah semangat kebangkitan.

Lebih-lebih lagi dengan rakyat yang dipaksa mengikat perut masa ekonomi gawat, dibayangi kroni korporat dan golongan elit BN yang masih hidup dalam kemewahan atas duit rakyat, situasi terkini memang agak rapuh sekali.

Jika ada lagi 'cantasan' lalang, ia mungkin menjadi percikan api yang menyalakan sekam amarah rakyat.

"Mesir dan medan Tahrir!" patut menjadi amaran kepada BN, dan juga laungan perjuangan rakyat. Ubah haluan sekarang, jika tidak mahu diubah landaan badai melintang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS