Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Kawal Suhu Rumah Anda melalui Aplikasi dengan Mudah!
Diterbitkan:  Sep 23, 2024 10:15 AM
Dikemaskini: Sep 25, 2024 3:47 AM

Telefon bimbit adalah teman pintar yang memudahkan hidup kita. Dengan pelbagai aplikasi di hujung jari, segala urusan harian dapat diselesaikan dengan mudah sambil kekal berhubung.

Ingin makanan dihantar terus ke depan pintu rumah anda? Terdapat aplikasi untuknya. Ingin pemandu peribadi? Terdapat aplikasi untuk itu. Ingin kawal kipas siling di rumah? Ya, betul, terdapat aplikasi untuknya juga.

Zaman suis dail yang dipasang di dinding atau menggunakan kawalan jauh sudah berlalu. Kini, kipas siling Siri Nodoka terbaru dari KDK Malaysia boleh dikawal melalui aplikasi yang tersedia di App Store dan Google Play.

Pastikan rumah anda kekal bergaya dengan kemasan putih mutiara dari K15YC.

Kipas siling bergaya ini tersedia dalam warna putih mutiara dan kelabu matte dan boleh dipilih antara tiga atau lima bilah.

Satu kipas siling yang disambungkan melalui Wi-Fi boleh dihubungkan dengan maksimum empat akaun, manakala satu akaun boleh mengawal sehingga lapan kipas.

Fungsi ini akan menjimatkan masa apabila anda perlu membuka atau menutup beberapa kipas siling secara serentak, dan jarak kawalan yang tidak terhad membolehkan anda melakukan perkara ini walaupun ketika anda jauh dari rumah.

Kemasan kelabu matte K12YC tersedia dalam model tiga bilah yang klasik.

Siri Nodoka dilengkapi fungsi 1/f Yuragi iaitu corak turun naik yang meniru angin lembut dan semula jadi bagi menambahkan kehalusan pada kapasiti udara serta menghasilkan angin yang selesa.

Ia juga diberikan fungsi penjadualan dan pemasa supaya pengguna dapat merasai angin yang selesa setibanya di rumah serta pada masa sama menjimatkan masa dan tenaga elektrik.

Selain mengawal kelajuan kipas, siri Nodoka juga dilengkapi lampu LED yang boleh dikawal daripada aplikasi mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna.

Sebanyak empat tetapan lampu disediakan untuk aktiviti harian iaitu kerja, makan, rehat dan tidur yang mana boleh ditetapkan semula mengikut tahap keselesaan pengguna.

Anda boleh memilih sama ada pencahayaan hangat atau sejuk dengan model tiga bilah klasik K12UC.

Model K15UC (60 inci) dan K12UC (48 inci) yang dilengkapi lampu LED juga mempunyai scene setting. Anda boleh mengubah kecerahan dan suhu warna bergantung pada mood anda.

Jika anda ingin ruang memberikan cahaya lilin yang selesa atau kesan dicium matahari anda boleh tukar kepada lampu ton kekuningan manakala jika anda ingin mencipta mood bertenaga yang sesuai untuk pencahayaan tugas, anda boleh tukar kepada lampu sejuk yang memberi ton kebiruan.

Siri Nodoka turut dilengkapi fungsi terbalik (Reverse Function) yang mendorong udara ke atas dan beredar untuk pengedaran udara sekata. Fungsi terbalik ini berfungsi dengan baik dengan penghawa dingin. Dengan menetapkan kipas siling berputar terbalik, ia menarik udara sejuk ke atas dan mengedarkan udara ini di sekitar ruangan sehingga pengguna dapat merasakan aliran udara dan suhu yang nyaman. Fungsi ini dapat membantu memaksimumkan keberkesanan penyaman udara dan menjimatkan tenaga.

Dapatkan kipas pintar siri Nodoka keluaran KDK hari ini untuk gaya hidup yang lebih sihat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.kdk.com.my/ atau laman Facebook KDK Malaysia.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS