Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Kekal Sejuk Di Rumah dan Jimat Bil Elektrik pada Cuaca Panas
Diterbitkan:  Aug 21, 2024 3:41 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Rakyat Malaysia sudah biasa dengan cuaca tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun, namun sejak awal tahun ini, negara dilanda oleh cuaca panas kemarau dan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kesihatan. 

Sekiranya anda hanya bergantung kepada penggunaan penghawa dingin yang berterusan, ini akan mengakibatkan bil elektrik meningkat. Justeru itu, terdapat penyelesaian alternatif mesra dompet yang boleh dilakukan di rumah untuk menyejukkan hari yang panas.

Untuk kegunaan harian, kipas siling akan membantu menyediakan pengalihan udara yang segar dan sejuk. 

Salah satu jenama yang dipercayai oleh ramai pengguna adalah jenama KDK, yang menawarkan pelbagai pilihan kipas siling, kipas am, kipas ekzos dan lain-lain. 

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2002, KDK sentiasa menghasilkan produk inovatif yang memenuhi citarasa pengguna. Jenama KDK berpegang teguh kepada prinsip menghasilkan produk yang berfungsi, berkualiti dan boleh dipercayai.

Keunikan Kipas Siri Z KDK

 Sejukkan rumah anda dengan siri Z KDK yang terdiri daripada model K14XZ (empat bilah) dan K14YZ (lima bilah).

Selaras dengan tagline “Breeze up your home” (Menyegarkan Rumah Anda), siri ini adalah kipas siling kawalan asas yang direka untuk menyejukkan rumah anda dengan serta-merta.

Tambahan pula, kipas ini mempunyai penarafan tenaga lima bintang, memastikan bil elektrik anda sentiasa rendah tanpa sebarang kompromi terhadap fungsi kipas.

Siri baru ini kini tersedia dalam dua pilihan warna – coklat gelap dan kelabu dan dilengkapi dengan kawalan jauh yang menawarkan tiga kelajuan berbeza, serta mod tidur untuk kemudahan penggunaan. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk memilih bilah dengan empat atau lima bilah mengikut keperluan mereka.

Dengan harga yang berpatutan antara RM356 dan RM402, kipas ini adalah pilihan ideal untuk digunakan di pelbagai ruang, sama ada di ruang tamu, kawasan makan, atau bilik tidur.

Kenapa Kipas Empat atau Lima Bilah Lebih Baik Berbanding Kipas dengan Tiga Bilah?

Salah satu kelebihan kipas empat atau lima bilah ialah ia mencipta keseimbangan yang ideal antara jumlah pengalihudaraan dan bunyi sekeliling.

Model-model siri Z tersedia dalam dua pilihan warna – coklat gelap dan kelabu.

Jika dibandingkan dengan kipas tiga bilah, kipas empat atau lima bilah lebih senyap dan apabila digunakan bersama dengan penghawa dingin, ia mengedar udara sejuk dengan lebih berkesan, jadi penggunaan penghawa dingin boleh dikurangkan.

Semua kipas siling dari KDK direka dengan teknologi kecekapan tenaga. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang kos elektrik yang tinggi. 

Anda juga perlu mengambil kira penggunaan kuasa sebuah kipas. Penggunaan kuasa mestilah rendah agar penggunaan elektrik berada dalam tahap yang minimum. Ianya mudah untuk anda semak, hanya lihat pada tenaga (Watt) yang digunakan pada deskripsi kipas. Semak juga jumlah aliran udara yang mampu dihasilkan oleh kipas tersebut. Ini dapat membantu anda melakukan pilihan yang bijak berdasarkan saiz ruang agar udara boleh memenuhi seluruh ruang.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi dan harga kipas siling dari Siri Z KDK, layari https://www.kdk.com.my/products/ceiling-fans/remote-control-type/ 


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS