Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
SK magic Malaysia Meletakkan Standard Baru Didalam Kebajikan Ejen Jualan Dan Teknologi AI
Diterbitkan:  Aug 6, 2024 7:00 AM
Dikemaskini: Aug 8, 2024 3:24 AM

SK magic Malaysia, anak syarikat kepada SK Group di Korea Selatan, terus meletakkan standard baru dalam inovasi dan tahap kepuasan pelanggan ketika ia memperkukuhkan perniagaannya di pasaran Malaysia. Dalam mengaplikasi nilai-nilai dan prinsip-prinsip teras SK Group, SK magic Malaysia terus berdedikasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan taraf hidup pengguna.

Ditubuhkan pada tahun 1953, SK Group adalah konglomerat kedua terbesar di Korea Selatan, beroperasi dalam pelbagai industri termasuk peralatan rumah, tenaga, bahan kimia, telekomunikasi, dan bioteknologi. Komitmen kumpulan ini terhadap inovasi, kelestarian, dan tanggungjawab sosial dipandu oleh SK Management System (SKMS) yang ditubuhkan pada tahun 1979, yang menyatukan pekerja dan mengatur keputusan perniagaan.

Di bawah kepimpinan Kim Wan Sung iaitu CEO kepada SK magic Co. Ltd. Korea Selatan, SK magic telah menunjukkan peningkatan dan inovasi yang luar biasa. Anak syarikat Malaysia iaitu SK magic Malaysia yang dipimpin oleh CEO Andy Kim telah mengekalkan piawaian global sambil menyesuaikan strateginya untuk memenuhi keperluan tempatan sambil menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Lawatan CEO Kim Wan Sung baru-baru ini ke SK magic Malaysia selama 2 hari berakhir dengan Appreciation Night yang meraikan kerja keras semua pekerja dan ejen jualan syarikat. Beliau juga turut menyampaikan berita baik mengenai trajektori baru syarikat ke arah perniagaan yang akan berteraskan AI. Acara ini menyerlahkan ekosistem kukuh syarikat di Malaysia dan visinya ke arah masa depan. Ia juga menandakan pencapaian penting dalam usaha berterusan SK magic untuk memastikan kelestarian jangka panjang bagi pekerja gig syarikat dan dedikasi syarikat terhadap inovasi.

Inisiatif Kebajikan Ejen Jualan SK magic

Pada tahun 2022, SK magic Malaysia melancarkan inisiatif perintis dengan membuat sumbangan sukarela kepada dana persaraan ejen jualan mereka berdasarkan komisen. Langkah ini menjadikan SK magic Malaysia syarikat yang pertama dalam industri jualan langsung di Malaysia yang melakukan tindakan sedemikian. Sehingga kini, syarikat telah menyumbang lebih RM1.5 juta kepada dana persaraan sekaligus telah memberi manfaat kepada lebih 16,000 ejen jualan dan pekerja gig mereka di seluruh negara.

"Langkah proaktif kami memastikan bahawa tenaga kerja dan ekosistem kami mempunyai masa depan yang terjamin, menjadikan SK magic sebagai model untuk perniagaan lain dalam menyesuaikan diri dengan realiti ekonomi baru" kata CEO SK magic Korea Kim Wan Sung.

"Pendekatan strategik ini memberi insentif kepada prestasi dan memastikan bahawa pekerja gig kami tidak ketinggalan dalam perancangan kewangan untuk masa depan. SK magic menjamin masa depan pasukan ejen jualan kami disamping menetapkan piawaian baru untuk tanggungjawab korporat dalam ekonomi gig di Malaysia," tambah CEO SK magic Malaysia Andy Kim.

Transformasi SK magic Ke Arah Perniagaan Yang Berteraskan AI

Disamping itu, SK magic juga turut menerajui inovasi AI. Dengan persaingan untuk peralatan kelengkapan rumah dilengkapi AI yang semakin meningkat, syarikat telah mengisytiharkan peralihannya ke arah menjadi "syarikat platform kesihatan yang berteraskan AI". Ini selaras dengan strategi AI yang dilancarkan oleh SK Networks yang merupakan syarikat induk kepada SK magic. Strategi ini merangkumi penubuhan PhnyX Lab di Silicon Valley untuk memperkuatkan kemampuan AI, yang diketuai oleh para penyelidik berbakat dari Universiti Stanford di Amerika Syarikat.

Strategi SK magic yang dinamakan "Magic 3.0" ini bertujuan untuk memperkukuhkan perniagaan sewaannya serta mempromosikan pembangunan produk dan perkhidmatan berkaitan AI di pelbagai sektor. Ini termasuk penjagaan haiwan peliharaan, penjagaan warga emas, dan penjagaan kesihatan pada masa hadapan.

Tentang SK magic Malaysia

SK magic Malaysia, anak syarikat kepada SK Group yang terkemuka di Korea Selatan, terus berdedikasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan peralatan rumah berkualiti tinggi yang akan meningkatkan kehidupan dan kesihatan pengguna. Mereka kekal komited kepada inovasi, kelestarian, dan tanggungjawab sosial sambil terus menetapkan piawaian industri yang baru serta pada masa yang sama menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan kemajuan teknologi SK magic Malaysia, sila layari https://www.skmagic.com.my


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS