Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ikuti Jelajah “Peta Kerjaya Young FutureMakers Malaysia" di Kolej Komuniti Hulu Selangor
Diterbitkan:  Apr 1, 2024 10:00 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Seramai 150 pelajar Semester 3 dari Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah terlibat dalam Program Jelajah “Peta Kerjaya Young FutureMakers Malaysia” anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama antara International Labour Organization (ILO) Young Futuremakers Malaysia dan PERKESO.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang kerjaya dalam bidang perkhidmatan makanan sebagai Barista, Pengurusan Restoran dan bidang Bakeri dan Pastri. Selain skop pekerjaan, peta tersebut secara terperinci memberi info tentang kelayakan, kemahiran asas dan teknikal, faedah dan anggaran tangga gaji mengikut jawatan dalam ketiga-tiga skop pekerjaan.

“Melalui program ini, peserta yang meminati bidang perkhidmatan makanan akan dapat merancang laluan kerjaya dengan lebih jelas dan baik. Sama ada anda seorang pelajar atau graduan, tidak pernah terlalu awal atau terlambat untuk memulakan perancangan kerjaya anda. Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pihak ILO dan UTHM kerana memilih Kolej Komuniti Hulu Selangor sebagai lokasi jelajah “Peta Kerjaya” kali ini,” kata Siti Norihan Binti Mohammad, Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) Kolej Komuniti Hulu Selangor.

 Peserta aktif bertanya soalan tentang skop-skop pekerjaan dalam “Peta Kemajuan Kerjaya”

Belia perlu menyesuaikan diri dalam industri perkhidmatan makanan yang dinamik

“Young Futuremakers” merupakan satu pencapaian yang besar dalam rangka kerjasama antara  ILO dan Yayasan Standard Chartered dalam usaha melatih golongan muda bagi menyesuaikan diri dengan pengetahuan penting dalam perkhidmatan makanan. Untuk memastikan belia memahami perubahan arus dan trend pekerjaan yang sentiasa berubah, peta kemajuan kerjaya ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” ujar Zharif Badrul, Penyelaras Projek ILO Young Futuremakers Malaysia Project.

Sektor Perkhidmatan Makanan menarik minat belia pada peringkat permulaan kerjaya

“Bidang perkhidmatan makanan mempunyai prospek kerjaya yang luas kerana terdapat permintaan tenaga kerja yang tinggi dalam industri seperti katering, hotel, resort, restoran dan pusat konvensyen. Pelajar jurusan ini juga boleh membuka perniagaan sendiri kelak jika berminat kerana mereka diberi pendedahan modul keusahawanan dan bimbingan sewaktu pengajian”

“Sejak awal, kami mempunyai ramai pakar industri yang telah memberi input dalam projek ini seperti Gapurna Permai Sdn. Bhd. (GPSB), Costa Coffee Café , Xofi.Trg Café,  Secret Recipes, QSR Brands, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan beberapa institusi pendidikan lain seperti IIMAT College, Breyer College dan kolej komuniti,” kata Dr Mohd Zulfadli, Pensyarah Kanan, Jabatan Ikhtisas Pendidikan Dan Siswazah, UTHM.

Portal MyFutureJobs

Selain peta kerjaya, pelajar dari Kolej Komuniti Hulu Selangor juga berpeluang mendengar perkongsian daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia mengenai portal MyFutureJobs yang diwujudkan untuk membantu warganegara Malaysia mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka.

Sertai Telegram dan dapat info kerjaya terkini

Golongan belia dialu-alukan untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ILO Young Futuremakers Malaysia melalui aplikasi Telegram di pautan: t.me/yfmtvet

Layari Young Futuremakers Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Futuremakers by Standard Chartered.


Artikel kandungan berjenama ini disediakan oleh International Labour Organization (ILO) Young Futuremakers Malaysia

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS