Menjelang musim Hari Raya yang bakal berkunjung, pasti ramai yang ingin mencari koleksi baju raya dan fabrik yang menarik! Sama ada, anda ingin berpakaian mengikut tema dengan keluarga ataupun inginkan sesuatu yang luar biasa, inilah masanya untuk bergaya lebih sikit dari biasa!
Walaupun evolusi pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju melayu banyak diubah dari segi potongan, gaya dan labuh asal, ada lagi butik-butik di Malaysia yang masih mengekalkan estetika asal baju Raya dan juga menawarkan trend fesyen terbaru.
Serlahkan diri anda dan seisi keluarga dengan pakaian klasik dan moden
Dengan lebih daripada 800 kedai, KWC Fashion Wholesale mempunyai pelbagai rekaan baju Raya seperti baju kurung kedah, baju kurung moden, kebaya labuh, songket, tudung muslimah, abaya dan aksesori yang berkualiti pada harga yang berpatutan di bawah satu bumbung. Bertema “Legasi Pop Raya”, pengunjung dialu-alukan untuk membeli-belah di KWC.
Selain pakaian, KWC juga mempunyai kedai menjual kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan Bazar Ramadan! Dibuka sejak 2011, KWC terletak hanya dalam jarak yang singkat dari 'Golden Triangle' KL dan mudah diakses melalui pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT) iaitu lima minit berjalan kaki dari stesen LRT Hang Tuah — anda tidak perlu risau hadapi jalan raya sesak.
Retro Raya
Bila sebut tentang Retro Raya, mesti ramai akan bayangkan pakaian ala-ala zaman filem hitam putih dari era P.Ramlee dan Saloma. Di KWC, anda boleh dapatkan pakaian yang menggabungkan era fesyen 90-an dengan sentuhan moden seperti tudung, jubah, blaus, selendang sulaman dan fabrik tenunan brokat.
Koleksi kontemporari dan moden memenuhi keperluan berbeza
KWC mempunyai populariti tinggi di kalangan pembeli yang memilih baju kurung dan kebaya kontemporari dan moden. Transformasi daripada evolusi tradisional kepada moden membawa lebih banyak pilihan untuk pembeli memilih Songket dan Batik dalam sulaman atau yang bercetak.
Fesyen Timur Tengah Mencuri Tumpuan
Abaya sering kali menjadi salah satu pilihan jenis baju Raya yang diminati bagi kaum wanita kerana rekaannya yang sangat menawan untuk digayakan pada hari lebaran nanti. Beberapa tahun lalu, abaya dikenali hanya memiliki satu warna sahaja, iaitu hitam. Namun seiring dengan perkembangan zaman, abaya menjadi semakin bervariasi.
Di KWC, anda boleh mendapatkan pelbagai tona warna, motif dan gaya seperti Abaya Cardigan dan Abaya Dress. Ternyata busana abaya sesuai untuk digayakan ke mana sahaja. Jadi, para gadis sekalian, sudahkah anda memiliki abaya?
Nantikan Diskaun dan Promosi Menarik dari KWC!
Bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan, KWC ada berita baik untuk anda! Sempena Hari Raya, kebanyakan peruncit di KWC akan menawarkan diskaun yang murah untuk barangan tertentu. Lagi banyak anda beli, lagi murah anda dapat!
Jika anda ingin mendapatkan baju Raya sedondon untuk keluarga (ibu bapa dan 2 orang anak), anda boleh dapatkan semuanya bawah RM300 dari pelbagai butik-butik seperti ELDA, Right Hanger, Humairah, AK Collection, A Brandz.
Belanja dan Tebus Hadiah-Hadiah Menarik!
Selain membeli-belah, pengunjung juga berpeluang untuk membuat penebusan pelbagai barangan di KWC. Setiap pembelian RM90 ke atas, anda layak untuk mendapatkan satu set edisi terhad Sampul Raya KWC.
Jika anda membuat pembelian RM700 ke atas, yang boleh digabungkan dalam dua resit, maka anda boleh menebus 1 Dulang Kueh Raya dan Sampul Raya KWC.
Paling menarik, kalau anda membelanjakan lebih RM2,000 ke atas dalam dua resit, maka anda boleh mendapatkan Set Pinggan Seramik Lebaran dan koleksi Sampul Raya KWC.
Ramadan di KWC
Sepanjang Ramadan, KWC akan dibuka lebih awal, 9.00 pagi untuk kesenangan pengunjung membeli-belah bermula pada 12 Mac – 9 April 2024. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah:
Persembahan Hujung Minggu
Sambil berbelanja anda juga akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu seperti Tarian Tradisional, Wayang Kulit, Kompang Adik Beradik dan peraduan Pakaian Terbaik Si-Cilik untuk menghiburkan pengunjung.
Bazar Ramadhan (3PM -8PM)
Menampilkan pelbagai juadah tempatan seperti Mee Kari, Kuih-Muih, Tepung Pelita, Ketupat, Rendang, dan banyak lagi.
Sinar Ramadan (28 Mac 2024, 12PM)
Sempena Nuzul Quran, KWC Fashion Wholesale akan bekerjasama dengan Iltizam Relief dan Persatuan Penduduk Sri Selangor untuk mengedarkan bubur lambuk sebagai sebahagian daripada projek CSR mereka. Datang dan temui Sharifah Shahirah pada hari yang mulia ini bersama 9 peserta pertandingan “KWC Model Search 2024”
Penampilan Selebriti Setiap Hari Sabtu
Temui dan nikmati lagu-lagu Raya oleh Najwa Latiff (16 Mac), Haiza (23 Mac), Kumpulan Nasyid In-Team (30 Mac) dan Aepul Roza (6 Apr) setiap hari Sabtu pada pukul 2 petang.
Jodoh Untuk Kak Long
Anda dialu-alukan untuk menonton drama pendek bertajuk “Jodoh untuk Kak Long” dibawakan oleh KWC Fashion Wholesale yang mengisahkan tentang kisah ‘Langkah Bendul’ tiga beradik. Drama ini akan menampilkan 9 model dari “KWC Model Search 2024” yang akan memakai pakaian dari butik-butik KWC. Tonton drama ini di https://youtu.be/PsJvU_L3KIM
Jom singgah beli-belah di KWC Fashion Wholesale hari ini untuk mendapatkan pelbagai koleksi baju raya dan berpeluang untuk menang hadiah menarik! Layari https://www.kenangacity.com.my/ms/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan butik di KWC Fashion Wholesale.
Anda juga boleh kunjungi media sosial KWC di Facebook, Instagram dan TikTok. Selamat menunaikan ibadah puasa.
This article is provided by KWC Fashion Wholesale.
The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Malaysiakini.