Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Sesi Perkongsian ILO dedah kemahiran yang diperlukan dalam industri F&B
Diterbitkan:  Feb 2, 2024 12:06 PM
Dikemaskini: 4:06 AM

Perniagaan makanan dan minuman (F&B) sememangnya menjadi antara jenis perniagaan yang banyak diceburi oleh golongan muda untuk membina pengalaman yang luas.

Tidak kira sama ada anda pernah menyambut tetamu sebagai pelayan restoran, membuat katering, jadi seorang barista, tukang masak atau lain-lain,  pengalaman yang anda dapat dalam industri ini akan melengkapkan dengan bakat yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi termasuk tetapan sosial dan profesional — biasanya dikenali sebagai kemahiran yang boleh dipindah milik.

Untuk membina kapasiti dan peluang pekerjaan dalam industri perkhidmatan makanan, Projek Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Young Futuremakers Malaysia telah menganjurkan sesi perkongsian antara pakar, pelatih pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan pekerja muda dalam sektor F&B.

Projek ini merupakan kolaborasi antara ILO dan Standard Chartered Foundation di mana  inisiatif untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal untuk pelatih TVET dari pelbagai institusi serta meningkatkan latihan kemahiran komunikasi dan digital untuk golongan muda telah dilaksanakan sejak Disember 2022.

Memanfaatkan kemahiran insaniah 

“Di tempat kerja, semakin banyak penekanan diberikan kepada kemahiran insaniah – pekerja yang memiliki kebolehan berkomunikasi, kemahiran berpasukan serta mampu berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah. Ini semua kemahiran yang selalunya tidak diajarkan dalam pendidikan yang konvensional,” kata Aini Hafizah, Penyedia Latihan CJ Akademi.

“Sebahagian besar daripada perkhidmatan F&B adalah melalui kualiti makanan, suasana di hadapan restoran, sikap serta kualiti perkhidmatan pelayan. Sepanjang program ini, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi supaya kami dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik,” kata Muzani Syibli, pelajar dari Perkhidmatan Penyediaan dan Pengeluaran Makanan.

Peserta terlibat dalam perbincangan kumpulan semasa Sesi Perkongsian 

“Seiring dengan kemajuan teknologi, kebanyakan pekerjaan kini memerlukan kemahiran digital, ini termasuk sektor perkhidmatan makanan. Dari pengalaman saya bekerja di restoran, saya perlu belajar menggunakan peranti POS, memahami sistem pesanan dalam talian, serta kod QR untuk menu. Melalui kemahiran ini, ia membolehkan saya memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Saya sangat bersyukur kepada penyedia latihan yang telah memberi bimbingan yang diperlukan sepanjang program Futuremakers,” kata Azuroy Iskandar, pelajar dari Kolej Antarabangsa Stradford.

Kembangkan lingkaran pengaruh anda

Semasa sesi perkongsian, Pengurus Latihan Sumber Manusia Berjaya, Roslina Hamzah menekankan kepentingan rangkaian dengan individu di pelbagai sektor. “Jika ada industri atau profesion yang anda minati, mulakan rangkaian anda melalui talian, sertai forum dan libatkan diri dalam kumpulan khusus”

“Rangkaian bukan sahaja akan membantu anda mendapatkan peluang pekerjaan, tetapi ia akan membantu anda berdaya saing sepanjang kerjaya anda,” katanya.

Pembangunan dan Latihan Organisasi Memacu Impak

“Dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah dan pantas, latihan dan pembangunan seperti bimbingan dan sesi kepimpinan adalah usaha yang dapat mengukuhkan prestasi kerja. Secara amnya, mereka yang mendapat peluang untuk belajar, membangun dan maju lebih berkemungkinan untuk kekal bersama syarikat,” kata Nabilah Binti Kamarzam, Pengamal Sumber Manusia di Gigi Coffee.

Antara jenis latihan dan pembangunan yang sering disediakan untuk pekerja ialah:

  • Latihan pengurusan

  • Latihan jualan

  • Latihan pekerja baru

  • Program bimbingan

  • Perantis

Sama ada anda sedang memohon jawatan perkhidmatan makanan yang seterusnya atau peluang profesional lain, anda digalakkan untuk menggunakan petua ini untuk meningkatkan kebolehan dan pengalaman anda sebagai profesional perkhidmatan makanan.

Dapatkan info kerjaya terkini melalui saluran Telegram 

ILO Young Futuremakers Malaysia mengalu-alukan golongan belia untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ini melalui aplikasi Telegram di pautan: https://t.me/yfmtvet 

Layari https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/futuremakers/ untuk mendapatkan maklumat tentang Futuremakers by Standard Chartered. Anda juga boleh ketahui lanjut tentang program pembangunan belia oleh Standard Chartered Foundation di: https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/scfoundation/.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS