Lembaga Zakat Selangor atau LZS telah melantik lima agensi pekerjaan swasta terkemuka bagi membuka peluang kerjaya kepada asnaf dalam meningkatkan pendapatan melalui platform tawaran jawatan kosong dan padanan pekerjaan. Antara agensi yang telah dilantik adalah Asia Recruit Sdn Bhd, CXL Sdn Bhd, Intelek Talent Solution Sdn Bhd, QWORK dan Seek Executive.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini kolaborasi ini membabitkan majikan dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan, pembuatan, perdagangan borong dan peruncitan, automotif serta makanan dan minuman.
Program Inisiatif Kerjaya Asnaf atau I-Kerjaya ini merupakan inisiatif berterusan dalam mewujudkan peluang kerjaya untuk asnaf.
Disamping itu ia juga menaiktaraf kehidupan sehingga mampu menjadi pengeluar atau pembayar zakat.
Sebelum ini LZS kerjasama dengan NGO dan agensi pengawal selia seperti Perkeso dan syarikat lain seperti mengadakan pameran kerjaya.
Mohd Sabirin berkata penambaikan ilmu atau pengetahuan untuk asnaf yang layak juga pernah dilakukan dengan bekerjasama organisasi penganjur seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Sebelum ini LZS bekerjasama dengan pihak agensi kerajaan seperti PERKESO dan juga majikan-majikan dalam mengadakan beberapa sesi temuduga kerjaya secara atas talian di samping beberapa sesi motivasi berkaitan persediaan temuduga kepada asnaf.
Katanya, senarai nama asnaf yang berpotensi akan diberikan kepada agensi pekerjaan yang terpilih untuk memadankan pekerjaan yang bersesuaian.
Adalah penting bagi LZS mencari strategi inovasi terkini dalam mewujudkan jalinan kerjasama agensi berpotensi bagi membantu permadanan dan penempatan pekerjaan golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan dalam strategi pembangunan asnaf yang terkandung dalam Blueprint Pembangunan Asnaf tahun 2024.
Di pihak LZS, organisasi itu yakin jika berada di landasan yang betul, lebih ramai lagi asnaf yang keluar dari kancah kemiskinan setidak-tidaknya di beri peluang dan ruang untuk memajukan diri disamping meningkatkan sosioekonomi keluarga.
Impian LZS adalah memastikan mereka tidak lagi tergolong dalam kategori asnaf, sebaiknya menjadi pembayar zakat.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.