Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Standard Chartered komited hasilkan belia berkebolehpasaran dan berdaya saing
Diterbitkan:  Dec 28, 2023 3:30 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Setiap orang berhak mendapat peluang untuk merealisasikan potensi mereka. Namun di peringkat global, lebih daripada 282 juta belia masih tidak mempunyai pekerjaan, latihan mahupun pendidikan (NEET).

Tanpa pendidikan atau latihan sambil bekerja, belia yang berada dalam golongan NEET akan mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan dan mengharungi kesulitan kehidupan masa depan.

Memperkasa generasi muda menjadi kemudi negara

Untuk menangani ketidaksamaan dan menggalakkan keterangkuman ekonomi dalam pasaran, Standard Chartered memperkenalkan inisiatif global mereka pada tahun 2019, yang dikenali sebagai "Futuremakers".

Futuremakers diperkenalkan untuk membantu belia yang kurang mendapat perkhidmatan di bawah umur 35 tahun, terutamanya kanak-kanak perempuan dan individu yang cacat penglihatan.

Setakat ini, Standard Chartered telah mengumpul dana dan menderma sebanyak USD 50 juta untuk Futuremakers (antara 2019 dan 2023) untuk memperkasakan generasi muda untuk belajar, mendapat pendapatan dan berdaya saing. Didorong oleh visi – “Here for good”, dan sebagai bank pertama di Malaysia beroperasi selama 148 tahun, mereka terus komited mengekalkan pembangunan sosial dan ekonomi di negara.

Di Malaysia, Standard Chartered berjaya menyumbangkan USD1.66 juta dan telah membantu lebih 10,000 belia Malaysia melalui program Futuremakers.

Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq, Mohd Suhaimi Abdul Hamid berkata, inisiatif Futuremakers mendorong belia menyertai pelbagai program sama ada latihan berasaskan kemahiran, kebolehpasaran atau keusahawanan. Dengan kemahiran dan alatan yang sesuai, generasi belia masa kini akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai isu sosial, di samping menerima landskap persekitaran dan trend kerja kita yang sentiasa berubah.

“Sejajar dengan agenda Malaysia untuk menyokong pembangunan belia negara dengan mengatasi pengangguran, pendidikan dan pembangunan kemahiran, Standard Chartered bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran belia melalui program dan projek menumpukan kepada penyediaan kemahiran dan pendidikan, tetapi juga menggunakan pendekatan bersepadu,” ujar Suhaimi.

Di Malaysia, Standard Chartered mempunyai 5 program di bawah Futuremakers:

1) Digital Entrepreneurs (DE) x Futuremakers

Program ini memupuk tenaga kerja digital dan menyediakan graduan dan belia yang menganggur untuk mendapat pekerjaan dalam ekonomi digital. DE X Futuremakers, dengan kerjasama Me.reka, telah menyediakan kursus intensif untuk 450 peserta pada tahun 2023.

2) Program Young Futuremakers

Melalui kolaborasi dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), inisiatif Young Futuremakers berjaya mendapat penyertaan lebih 700 belia sejak dilancarkan pada Q1 2023. Program ini menyokong kebolehpasaran pekerja muda, serta pelatih pendidikan dan latihan vokasional teknikal (TVET) dan graduan.

“Salah satu rakan program kami – Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah mengadakan dua program kesedaran di lapangan di PPR Perkasa Cheras dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS)”, kata Suhaimi.

“Baru-baru ini, mereka menganjurkan sesi Perkongsian Pengetahuan untuk pelatih TVET dan pekerja muda dalam industri perkhidmatan makanan, yang telah menyertai latihan kemahiran. Latihan kemahiran ini telah dijalankan sejak Julai 2023. Young Futuremakers juga merupakan sebahagian daripada Pameran Kerjaya TVET Kebangsaan, yang berlangsung dari 8 hingga 10 Disember 2023,” ujarnya.

3) Women in Entrepreneurship (WiE)

Diperkenalkan untuk usahawan wanita, WiE adalah satu program yang akan berlangsung selama tujuh bulan. Objektifnya adalah untuk menyampaikan pengalaman pembelajaran secara langsung dan bengkel yang memfokuskan pada bidang seperti strategi perniagaan, pengurusan kewangan dan pemasaran. Pada akhir program ini, Standard Chartered akan menyediakan pembiayaan awal sebanyak USD 20,000 kepada kesemua lima pemenang teratas, menawarkan modal penting untuk mengubah konsep inovatif mereka kepada pencapaian ketara.

Program ini dilancarkan pada September tahun ini dan kini dalam proses mengumumkan 20 organisasi terbaik. Kedua-dua DE dan WiE telah bekerjasama dengan rakan kongsi NGO Bank, Me.reka.

4) Goal

Goal disasarkan kepada remaja perempuan berumur dalam lingkungan 12 hingga 18 tahun. Program ini menggabungkan sukan dengan latihan kemahiran hidup untuk memperkasakan mereka dengan keyakinan, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin ekonomi dalam keluarga dan komuniti mereka.

Goal telah menjangkau lebih 9,000 remaja perempuan di seluruh negara sejak dilancarkan di Malaysia pada 2018. Untuk tahun ini, seramai 197 individu telah menamatkan pengajian dalam program ini.

5) Program Celik Kewangan

Standard Chartered juga telah memperkenalkan program celik kewangan untuk melatih kemahiran pengurusan kewangan di kalangan PKS dan PMKS di Malaysia.

“Mendidik usahawan mengenai celik kewangan adalah penting terutamanya untuk kejayaan mereka pada masa hadapan. Dengan penerapan pendidikan celik kewangan, usahawan boleh mengurus sumber kewangan dan operasi mereka dengan lebih baik – salah satu cara penting untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lancar dan meluaskan jangkauan,” kata Suhaimi.

Apakah hala tuju seterusnya untuk program Futuremakers?

“Saya percaya bahawa program Futuremakers memberi impak positif kepada benefisiari dan peserta dengan meyakinkan mereka untuk mengambil langkah seterusnya untuk memajukan masa depan. Pada masa ini, pendidikan kewangan dan keselamatan masih menjadi cabaran bagi kebanyakan orang. Kami berharap melalui program yang dilaksanakan, kami dapat membantu mereka mencapai potensi sebenar dan lebih bersedia untuk melindungi masa depan”.

“Dari segi hala tuju seterusnya, kami ingin memperkemaskan program tahun depan, supaya penerima program mendapat hasil dan impak yang terbaik. Kami berharap untuk berkongsi lebih banyak kisah kejayaan daripada program Futuremakers,” ujar Suhaimi.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS