Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Belia Membahas Tentang Pelaksanaan Undang-Undang Pembiayaan Politik
Diterbitkan:  Dec 28, 2023 10:34 AM
Dikemaskini: 2:35 AM

Kota Kinabalu, Sabah - Episod terakhir GenZ @ Podium telah disiarkan pada 19 Disember yang bertajuk "Pelaksanaan Undang-Undang Pembiayaan Politik'' telah diperdebatkan dengan sengit oleh 36 pendebat daripada seluruh Sabah dan beberapa belia daripada Semenanjung Malaysia

Sesi dimulakan oleh kata alu-aluan daripada Prof Madya Dr Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Universiti Malaysia Sabah). Kemudian sesi dikendalikan oleh Speaker, Fiqah Roslan daripada UNDI Sabah dan disertai oleh Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Terence Au Soon Fui dan Chan Loong Wei, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah.

Prof Madya Dr Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah

Dianjurkan oleh KiniEvents dan disokong oleh Parlimen Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, International Republican Institute (IRI) sebagai Rakan Kolaborasi, Universiti Malaysia Sabah sebagai Rakan Lokasi, Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) sebagai Rakan Kemahiran Latihan Insaniah. Menyertai kami tahun ini sebagai Rakan Bersama, UNDI 18, Institute for Research & Development of Policy (IRDP), Malaysian Youth Association of Diplomacy and Policy (MYADP), UNDI Sabah. Akhir sekali, Rakan Media kami, Malaysiakini, KiniTV, Cilisos Media, Astro Awani dan SAYS.

Pendebat dalam sesi ini telah berkongsi pandangan mereka tentang elemen-elemen yang perlu diambil kira untuk dimasukkan ke dalam undang-undang pembiayaan politik Malaysia, dengan harapan bahawa tindakan ini boleh menjadi satu strategi untuk mengurangkan gejala rasuah di kalangan wakil-wakil politik.

Muhammad Saifullah dari pihak pembangkang telah dianugerahkan sebagai pendebat yang paling popular. Beliau telah mencadangkan untuk memperkasa dan memperketatkan proses kelayakan untuk menjadi calon dalam pilihan raya atau parti politik. 

Muhammad Saifullah

Katanya, langkah ini melibatkan penambahan syarat-syarat, seperti calon atau parti politik yang bertanding wajib membuat ikrar janji, menyatakan harta kekayaan, dan melaporkan kewangan berkaitan pembiayaan politik yang telah diaudit. Jika calon tidak memenuhi syarat tambahan ini, kelayakannya akan segera terbatal. Melalui tindakan ini, proses pengesanan isu ketirisan dapat dilakukan dengan lebih cekap.

Sementara itu, Ezmal Bin Padu juga dari pihak pembangkang telah dianugerahkan sebagai pendebat terbaik. Beliau telah mencadangkan penyelesaian terhadap isu pemberian dana kepada parti politik dengan menangani punca masalah secara langsung. Ezmal berkata, para pemberi dana dikehendaki mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penerimaan dana dan penerima dana perlu sahkan penerimaan tersebut kepada SPRM dan SPR melalui penyediaan bukti transaksi ke akaun parti politik, bukannya akaun peribadi. 

Ezmal Bin Padu

“Dengan ini, kita dapat mengawal aliran dana kepada parti politik dengan kerjasama pengawasan dua entiti, iaitu SPRM dan SPR, sebagai pemeriksa sumber dana” ujarnya. 

Pendebat Terbaik telah dipilih oleh wakil-wakil penganjur dan rakan-rakan kongsi. Panel hakim terdiri daripada Chia Ting Ting, Ketua Pegawai Komersial Mkini Group, Amy Suhana, Pegawai Konten dan Pemasaran daripada MIDP serta wakil daripada UNDI Sabah. 

Chan Loong Wei menekankan kepentingan untuk menyatakan dengan jelas definisi dalam apa-apa perbincangan dan harus mempunyai asas yang kukuh dan teguh untuk menegakkan fakta terutama apabila menyelami konsep keseimbangan kuasa. Beliau juga berkata pentingnya menyokong hujah dengan pandangan domestik daripada hanya bergantung kepada sumber luar. 

Chan Loong Wei, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah

Chan Loong Wei juga menyatakan yang beliau berbangga atas prestasi pendebat yang memuaskan. 

Terence Au memberikan ulasan bahawa cadangan pihak kerajaan untuk menubuhkan satu lagi mekanisme pemantauan dana adalah sangat efektif. Cadangan dari pihak pembangkang juga mempunyai merit kerana kedua-dua Suruhanjaya boleh bekerjasama dan berbincang untuk melaksanakan strategi pemantauan dana, terutama dengan pergerakan SPRM. 

Terence Au Soon Fui , Ketua Wira Parti Warisan Sabah

Beliau berkata, “Cara mereka berdebat mencerminkan suasana di Dewan Undangan Negeri Sabah. Penambahbaikan ini perlu diberi perhatian sepenuhnya, dan kedua-dua Suruhanjaya perlu berbincang untuk memastikan penglibatan dana ini dapat dikawal dengan sebaik-baiknya” 

Untuk mengundi kenyataan para pendebat dan juga pendebat kegemaran anda dari sekarang sehingga 19 Januari 2023 DI SINI

Untuk memahami dengan lebih baik kenyataan dan cadangan para pendebat, anda boleh menonton semula sesi tersebut DI SINI.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web kami - https://kini.events/genz/ 

Hubungi:

Email: [email protected] 

Website: https://kini.events/genz/


Artikel ini disediakan oleh KiniEvents


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS