Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Bagaimana untuk memilih kipas siling yang sempurna untuk anda
Diterbitkan:  Dec 13, 2023 10:00 AM
Dikemaskini: 4:55 AM

Rumah yang sempurna adalah hasil gabungan cocok daripada semua bahagiannya, dan satu bahagian yang penting tetapi sering diabaikan ialah kipas siling. Dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kipas siling memang merupakan satu perkara yang penting yang perlu ada di dalam sebuah rumah.

Memilih kipas yang betul, walaubagaimanapun, boleh menjadi satu aktiviti yang menyulitkan. Namun begitu, pakar-pakar di KDK dengan senang hati bersedia untuk membantu anda memilih dengan bijak.

Berikut adalah beberapa soalan yang sepatutnya ditanyakan sebelum membeli kipas siling baru:

Apakah perkara pertama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih kipas siling dan bagaimana saiznya ditentukan?

Pertama, tentukan keperluan anda dan jenis kawalan kipas yang anda ingin miliki. Selain itu, tentukan saiz bilik di mana anda ingin meletakkan kipas siling. Anda perlu mempertimbangkan bahawa sekurang-kurangnya jarak antara bilah kipas dan dinding adalah satu meter. Sebagai contoh, kipas siling berukuran 150sm sepatutnya sesuai untuk bilik dengan saiz sekurang-kurangnya 350 x 350sm. Kedua, tentukan ketinggian siling. Setidak-tidaknya, ketinggian bilik sepatutnya 2.3meter dan ke atas.

Bagaimana anda memilih kipas yang sesuai untuk ruang yang betul dari segi estetik?

Kipas siling KDK datang dalam pelbagai warna, dari putih ke kelabu dan coklat gelap, hingga ke perak dan gangsa. Oleh itu, kipas-kipas ini boleh disesuaikan dengan semua ruang dan konsep. Reka bentuknya juga moden dan minimalis, dengan bilah panjang atau pendek.

Kipas KDK siri DC didatangkan dalam pelbagai warna, dan kipas KDK yang ditunjukkan di atas adalah berwarna coklat gelap.

Apakah perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membuat pembelian?

Anggaran belanjawan anda sangat penting. Jika anda mempunyai bajet yang rendah, pilihan yang baik adalah kipas siling dengan kawalan yang diletakkan di dinding rumah, yang boleh didapati dengan harga sekitar RM120 hingga RM180. Jika anda lebih suka memilih kipas yang dilengkapi dengan sistem kawalan jauh, anda perlu menyediakan kira-kira RM250 hingga RM500.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin kipas yang mewah, anda bolehlah mempertimbangkan kipas siri arus terus (DC) seperti K18NY, K14ZW, K15UW, K15Z5, K12UC, K15UC, K12YC, K12UC dan K15YX, kerana motor DC dikenali untuk penjimatan elektrik yang lebih baik, baik untuk bumi dan merupakan pelaburan pintar dalam setiap aspek.

Adakah bahan dan saiz kipas mempengaruhi suasana dalam bilik?

Jika anda mempunyai bilik kecil, kipas dengan bilah pendek lebih baik kerana ia mempunyai ruang yang mencukupi untuk mengalirkan udara ke bawah. Kipas berdiameter besar dalam bilik kecil tidak akan mengalirkan udara ke bawah kerana ruang yang terhad. Dalam hal bahan pula, tiada yang perlu dikuatirkan, kerana kipas KDK memang direka sesuai untuk cuaca Malaysia.

Pelanggan sering bertanya tentang perbezaan antara kipas tiga, empat, dan lima bilah. Inilah perbezaannya - Kipas tiga bilah menghasilkan udara yang bergegar, sementara kipas lima bilah memberikan udara lembut dan semula jadi. Dalam hal angin yang dihasilkan, semua pilihan memberikan jumlah angin yang sama. Walaubagaimanapun, sementara kipas tiga bilah menghasilkan hembusan yang kuat dan terumpu manakala kipas lima bilah pula membolehkan anda merasai ketenangan dan kedamaian. Semuanya bergantung kepada apa yang anda perlukan.

Boleh kongsikan beberapa tip untuk pembersihan, penyelenggaraan, dan penggunaan teknologi hijau?

Semua kipas siling KDK direka dengan teknologi kecekapan tenaga, jadi anda tidak perlu risau tentang kos elektrik yang tinggi. Kipas kami mempunyai  penarafan lima Bintang daripada Suruhanjaya Tenaga, jadi ia disahkan mampan dan hijau.

Bagi memastikan kualiti udara yang lancar dan bersih, anda perlu memastikan kipas anda bersih. Lap kipas dengan air bersih sahaja dan anda tidak perlu menggunakan sabun. Satu lagi, berhati-hati untuk tidak melengkungkan bilah-bilah kipas secara tidak sengaja.

Untuk tujuan penyelenggaraan, pastikan suis elektrik utama dimatikan dan berikan kipas berehat jika telah digunakan. Sekiranya ada masalah bunyi atau apa jua, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KDK di 03-7785 5011 atau buat laporan di http://www.kdk.com.my/customer-service/service-request-form.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS