Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Membangunkan Kemahiran Digital dan Interpersonal dalam Industri Perkhidmatan Makanan
Diterbitkan:  Nov 27, 2023 2:48 PM
Dikemaskini: Nov 30, 2023 2:08 AM

Tahukah anda bahawa industri perkhidmatan makanan menawarkan pelbagai pilihan kerjaya untuk individu yang berkemahiran dan berbakat?

Antaranya termasuk menjadi tukang masak, pelayan, pengurus restoran dan lain-lain! Skop pekerjaan ini selalunya memerlukan individu yang mahir dalam kreativiti, komunikasi, perkhidmatan pelanggan dan pengetahuan tentang peraturan keselamatan, manakala terdapat sesetengah yang memerlukan latihan khusus untuk mempelajari teknik yang diperlukan semasa bekerja.

Dalam industri yang sentiasa berkembang, adalah penting bagi restoran untuk mengikuti trend dan mengintegrasikan operasi digital dalam urusan harian mereka agar tidak ketinggalan pesaing mereka. Bagi golongan muda yang ingin menambah kemahiran dalam sektor ini — memulakan kerjaya mereka dalam industri perkhidmatan makanan adalah pilihan yang ideal.

Young Futuremakers Malaysia: Meningkatkan peluang pekerjaan untuk golongan belia

Untuk memupuk kebolehpasaran dan meningkatkan kemahiran digital dan interpersonal di kalangan belia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berganding bahu dengan Yayasan Standard Chartered untuk melancarkan sebuah projek menarik yang dikenali sebagai "Young Futuremakers Malaysia".

Baru-baru ini, mereka berjaya melancarkan "Latihan Kemahiran Digital dan Interpersonal" dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) merupakan salah satu institut latihan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan latihan ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Young Futuremakers di Selangor dan Kuala Lumpur.

SHRDC memperkenalkan Skills Initiative for Labour Knowledge (SILK), untuk membantu pekerja industri perkhidmatan makanan dalam membangunkan kemahiran yang diperlukan, seperti keupayaan untuk menyampaikan mesej dengan jelas dan celik IT. Ini sekaligus bantu untuk meningkatkan kecekapan dalam tugas yang melibatkan pengurusan data dengan pelanggan dan rakan sekerja.

Projek ini telah diketuai oleh Teh Sook Ling, Pengarah Eksekutif Selangor Human Resource Development Centre dan Masliza Osman, Pengurus, Juraina Jumali, Eksekutif Kanan dan disokong oleh pasukan yang berdedikasi.

Secara keseluruhannya, latihan yang disediakan oleh SHRDC adalah satu kejayaan besar, dengan ramai peserta menyatakan bahawa mereka memperoleh banyak kemahiran praktikal yang boleh digunakan dalam kerjaya mereka.

Seorang peserta berkata bahawa program tersebut telah dikendalikan dengan baik oleh jurulatih berpengetahuan. “Salah satu perkara penting yang saya pelajari ialah kepentingan berkomunikasi dengan berkesan kerana kemahiran ini bergantung pada pendengaran, kemahiran lisan dan sikap positif,” katanya.

Seorang lagi peserta mengulas, "Selepas menyertai sesi tersebut, saya menjadi lebih yakin dalam penggunaan komputer.  Sebagai seorang penyelia, saya kerap menggunakan Microsoft Excel untuk membina jadual peralihan kakitangan. Pemerolehan jalan pintas baharu telah bantu untuk meningkatkan operasi harian dan produktiviti kerja saya.”

Peserta memperoleh kemahiran dalam menavigasi dan menggunakan aplikasi Microsoft dengan berkesan dalam sesi yang dikendalikan.

SHRDC komited untuk menyediakan latihan berkualiti tinggi untuk membantu orang ramai membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja. Program kemahiran berkomunikasi dan celik komputer untuk sektor perkhidmatan makanan hanyalah satu contoh daripada banyak program latihan yang inovatif dan berkesan yang dijalankan oleh SHRDC.

Transformasi digital adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan bukan sahaja untuk industri makanan tetapi untuk mana-mana perniagaan. Mereka yang mempunyai set kemahiran digital yang kukuh akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk berkembang maju dalam industri ini.

Dapatkan info kerjaya terkini melalui saluran Telegram 

ILO Young Futuremakers Malaysia mengalu-alukan golongan belia untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ini melalui aplikasi Telegram di pautan: https://t.me/yfmtvet.

Layari https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/futuremakers/ untuk mendapatkan maklumat tentang Futuremakers by Standard Chartered. Anda juga boleh ketahui lanjut tentang program pembangunan belia oleh Standard Chartered Foundation di: https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/scfoundation/


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS