Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
MAINS mahu budaya berwakaf di kalangan pelajar dan warga pendidik dipertingkatkan
Diterbitkan:  Nov 21, 2023 10:35 AM
Dikemaskini: 4:13 AM

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mahu menyebarluaskan Kempen SMART WAKAF, inisiatif bertujuan memberi kesedaran menggalakkan menyumbang wakaf dikalangan warga pendidik  dan pelajar. 

Usaha MAINS bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan JPPNS melibatkan 15 Sekolah Rendah dan 15 Sekolah Menengah di Negeri Sembilan.

Pelancaran SMART WAKAF dan MAINSCARE oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini. 
Sumbangan untuk SMART WAKAF

Menurut JPNS, ketika ini hanya 2% dari 17 ribu tenaga pengajar di negeri itu yang berwakaf maka kesedaran perlu dipertingkatkan. 

Program ini akan diadakan sepanjang tahun 2024, membolehkan pelajar mendapat manfaat agihan wakaf dan secara tidak langsung memperluaskan bantuan dan penyampaian maklumat.

Menurut Ustaz Bukhari Safian, Penolong Pengarah Jabatan Wakaf MAINS ketika ditemuramah Kinihalal, berkata mekanisma menabung atau menyumbang itu perlu dianjurkan di pihak pendidik atau guru di 30 tabung sekolah terbabit. 

Dalam projek perintis sebanyak RM3,000 diberikan kepada setiap sekolah terlibat bagi pembelian dalam bentuk aset wakaf.

Temubual eksklusif Editor Kinihalal bersama Ustaz Bukhari Safian, Penolong Pengarah Jabatan Wakaf MAINS

Kempen ini juga membabitkan beberapa program diadakan termasuk ceramah, taklimat termasuk aktiviti menarik bagi meningkatkan kesedaran berwakaf sehingga akhir tahun 2024. 

“Kempen dibahagikan kepada dua, satu pada guru, satu pada pelajar, program untuk pelajar adalah kesedaran ceramah ringkas, aktiviti berkumpulan, bagi meningkatkan semangat memberi,bak pepatah melentur bermula dari rebung (dari kecil), dari awal. Untuk guru-guru pula, kita akan memberikan kesedaran dalam menguruskan harta seperti hibah, wakaf’, tambah Bukhari.

Kutipan tertinggi untuk 5 sekolah terpilih akan menerima sumbangan tambahan manfaat wakaf dalam bentuk aset, seperti papan hitam, keperluan pendigitalan sekolah dan guru, perkakasan multimedia dan sebagainya dalam jangka masa kempen setahun. 

Sementara itu, MAINS turut melancarkan MAINSCare baru-baru ini, sebuah program dan inisiatif terbaharu menyalurkan dana fidyah dan kafarah dalam bentuk pemberian makanan tengah hari kepada murid-murid sekolah rendah dengan tujuan utamanya bagi mengurangkan beban murid-murid dalam kalangan keluarga kumpulan B40 yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah masing-masing.

Sumbangan bagi program MAINSCare

Bagi peringkat ini, sebanyak 52 buah sekolah rendah seluruh Negeri Sembilan terlibat dengan 3,861 murid menerima manfaat daripada program ini.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS