Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
ILO Komited Sediakan Peluang Latihan Kemahiran dan Digital kepada Belia
Diterbitkan:  Nov 6, 2023 11:38 AM
Dikemaskini: Nov 7, 2023 10:49 AM

Jika anda sedang mencari kerjaya yang dinamik, industri perkhidmatan makanan pasti akan menawarkan pelbagai kemahiran profesional. Ramai anak muda biasanya memulakan kerjaya mereka dalam sektor ini kerana ianya merupakan satu titik permulaan untuk membina pengalaman yang luas.

Ada yang menggunakannya sebagai batu loncatan untuk menambah pengetahuan dan pendapatan sebelum beralih ke bidang lain, manakala terdapat segelintir golongan muda yang memilih untuk kekal dan berkembang dalam sektor ini.

Dalam industri ini, pekerja perlu sedia bekerja sepasukan, fasih berkomunikasi dengan pelanggan, mahir dalam digital untuk menyelaraskan operasi dan lain-lain. Semua kemahiran ini akan membuktikan kepada  bakal majikan bahawa mereka boleh bergerak dalam persekitaran pantas untuk menyelesaikan pelbagai tugas.

Memandangkan sudah banyak restoran yang mengintegrasikan operasi digital dalam urusan harian mereka, pekerja perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi untuk kekal berdaya saing.

CJ Academy menyediakan Latihan Kemahiran Digital dan Interpersonal di Kedah dan Pulau Pinang

Untuk meningkatkan kemahiran belia dan membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan serta rakan sekerja, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berganding bahu dengan Yayasan Standard Chartered untuk melaksanakan “Young Futuremakers Malaysia”, sebuah projek yang menekankan latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam industri perkhidmatan makanan.

Di peringkat global, Young Futuremakers memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan. Di Malaysia, ILO telah bekerjasama dengan Yayasan Standard Chartered untuk memberi tumpuan kepada aspek pemerkasaan pekerjaan.

CJ Academy, penyedia latihan berdaftar HRD Corp, merupakan salah satu institut latihan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Latihan Kemahiran Digital dan Interpersonal sebagai sebahagian daripada inisiatif “Young Futuremakers” di Kedah dan Pulau Pinang.

Program ini diketuai oleh Sanjay Boss, pengurus CJ Academy, dan Aini Hafizah, Penolong Pengurus CJ Academy. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri latihan, Sanjay telah membantu ramai orang mengembangkan kemahiran dan mencapai potensi penuh mereka manakala Aini Hafizah mempunyai kepakaran interpersonal dan kemahiran insaniah.

Melatih pekerja muda untuk menyesuaikan diri dalam industri perkhidmatan makanan yang dinamik

“Young Futuremakers” merupakan satu pencapaian yang besar untuk ILO dalam usaha melatih golongan muda bagi menyesuaikan diri dengan pengetahuan penting dalam perkhidmatan makanan.

“Latihan kemahiran interpersonal yang disediakan membimbing saya untuk berinteraksi dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan lebih efektif. Saya berasa lebih yakin dengan peranan saya dan kini bersemangat untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang,” kata Safwana, yang merupakan pengurus di Big Mouth Republic.

Iskandar, 22, ketua pasukan kru barista di Debob Coffee berkata, pada mulanya dia mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan kerja berpasukan dengan rakan sekerja.

“Selepas menyertai latihan ini, saya berasa bermotivasi untuk bekerja dan mempunyai  keyakinan untuk menjadi ketua kru. Kemahiran kerja berpasukan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dan latihan pemasaran digital sangat membantu,” kata Iskandar.

Iwani, 28, kerani akaun di Qahwa Cafe berkata, program ini menyediakan aktiviti yang memberi peluang untuk berinteraksi seperti “roleplay”. Ini melatih beliau untuk menjadi lebih yakin semasa berdepan dengan pelanggan. Selain berinteraksi, program ini juga memberi latihan kemahiran digital yang komprehensif.

CJ Academy komited untuk menyediakan latihan berkualiti tinggi untuk membantu orang ramai mengembangkan, memenuhi potensi diri dan mendaki tangga kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Program kemahiran digital dan interpersonal untuk industri makanan hanyalah antara satu contoh daripada pelbagai program latihan inovatif yang disediakan oleh CJ Academy.

Mentransformasikan Tenaga Kerja melalui Latihan Kemahiran Digital dan Interpersonal

Dari restoran 5 bintang hingga ke gerai makanan milik sendiri dan kafe estetik, sektor makanan dan minuman memainkan peranan penting dalam industri hospitaliti secara keseluruhan.

Kejayaan sokongan ILO untuk pelaksanaan kemahiran digital dan interpersonal dalam kalangan pekerja muda terbukti melalui peningkatan hasil, peningkatan kepuasan pelanggan dan peluang kerjaya.

Inisiatif ini juga memperkukuh kepentingan usaha berterusan untuk memperkasakan pekerja muda, membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam industri perkhidmatan makanan sambil membangunkan bidang profesional dan peribadi mereka. Selain itu, mereka yang mempunyai set kemahiran digital yang kukuh akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk berkembang maju dalam industri ini.

“Latihan Kemahiran Digital dan Interpersonal ini adalah berdasarkan Laporan ‘The Digitization of TVET and Skills Systems’ yang diterbitkan oleh ILO  pada tahun 2020 yang menunjukkan bahawa  kemahiran Digital dan Interpersonal adalah kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang TVET. Justeru, amat penting untuk golongan belia memiliki dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam dua subjek utama ini,” ujar Zharif Badrul, Penyelaras Projek ILO Young Futuremakers Malaysia Project.

Dapatkan info kerjaya terkini melalui saluran Telegram

ILO Young Futuremakers Malaysia mengalu-alukan golongan belia untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ini melalui aplikasi Telegram di pautan: t.me/yfmtvet

Layari https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/futuremakers/ untuk mendapatkan maklumat tentang Futuremakers by Standard Chartered. Anda juga boleh 

ketahui lanjut tentang program pembangunan belia oleh Standard Chartered Foundation di: https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/scfoundation/.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS