Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam industri perkhidmatan makanan melalui latihan kemahiran
Diterbitkan:  Oct 20, 2023 7:36 PM
Dikemaskini: Oct 23, 2023 2:47 AM

Ketidaksamaan sosioekonomi mengehadkan potensi belia daripada golongan yang kurang bernasib baik. Tanpa pendedahan dari segi mengasah kemahiran dan kebolehcapaian peluang bangun diri, impian mereka untuk merapatkan jurang pendapatan dan memperbaiki kehidupan keluarga dan komuniti mereka tidak kesampaian.

Keperluan meningkatkan kemahiran

Ketidaktentuan ekonomi dan politik dunia memudaratkan lagi perkembangan sosioekonomi belia. Bagi orang muda yang terpaksa menamatkan pelajaran pada peringkat lebih awal, peluang kerjaya untuk mereka kebiasaannya dibatasi pekerjaan bergaji rendah. Mereka turut menghadapi cabaran mendapatkan kerja disebabkan kekurangan daya saing dan tidak memenuhi keperluan industri.

Walau bagaimanapun, belia adalah sumber yang paling bernilai kerana mereka merupakan pembina masa depan yang sedang digilap. Sebagai harapan kita pada masa akan datang, merekalah yang akan membimbing dunia maju ke hadapan. Mereka mempunyai keupayaan untuk belajar, meningkatkan kemahiran diri dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Futuremakers by Standard Chartered: Tumpuan terhadap kebolehpasaran belia

Menyedari hakikat ini, ILO berganding bahu dengan Standard Chartered Foundation, untuk memperkenalkan inisiatif pemerkasaan belia melalui program Young Futuremakers. Inisiatif global ini bertujuan menyokong golongan muda rentan dalam lingkungan umur 35 tahun ke bawah, terutamanya wanita muda, dengan memfokuskan kepada pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan.

ILO Young Futuremakers Malaysia memberi penekanan terhadap latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan dalam industri perkhidmatan makanan.

1,200 penerima manfaat

Young Futuremakers  di Malaysia menyasarkan 1,200 orang muda sebagai penerima manfaat daripada pelbagai inisiatif seperti kempen kesedaran, latihan kemahiran, panduan kerjaya dan penempatan kerja.

Usaha ini melibatkan Kementerian Sumber Manusia dan agensinya seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), institusi TVET dan syarikat perkhidmatan makanan.

Menyokong agenda pembangunan mampan

Tiga penyedia latihan – Selangor Human Resources Development Center (SHRDC), CJ Academy dan Thames Oxford Academy, dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan kemahiran bagi 300 pelatih TVET dan 300 pekerja muda di syarikat perkhidmatan makanan di Lembah Kelang dan Kedah.

Latihan tersebut meliputi kemahiran komunikasi dan digital kepada pekerja muda dan kemahiran berkaitan industri perkhidmatan makanan kepada pelatih TVET. Latihan-latihan ini adalah selaras dengan permintaan semasa industri perkhidmatan makanan yang mengutamakan kemahiran teknikal dan insaniah golongan belia dalam industri tersebut.

Sambutan Zon Utara yang menggalakkan

Sejumlah 100 orang yang berusia di dalam lingkungan umur 35 tahun ke bawah telah menyertai Kursus Latihan Pengendali Makanan (KLPM) yang dikendalikan oleh Thames Oxford Academy PLT di Stradford International College, Seberang Perai baru-baru ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan kursus ini untuk semua pengendali makanan di Malaysia menurut Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009).Sijil Kursus Pengendalian Makanan ini hanya boleh dikeluarkan oleh institusi latihan yang diiktiraf oleh KKM bagi memastikan piawaian pengendalian makanan dipatuhi agar kesejahteraan pengguna sentiasa terpelihara.

“Menguasai ilmu pengendalian makanan yang profesional bukan setakat untuk mendapatkan pekerjaan, malah ia dapat membantu anda membuka jalan kerjaya dengan lebih teratur bagi memperkukuhkan asas anda dalam industri makanan, sama ada sebagai seorang pekerja, pengurus atau peniaga,” kata Zainudin Kadir, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Thames Oxford Academy PLT.

Persediaan awal untuk peluang kerjaya yang lebih cerah

Latihan intensif selama tiga hari ini turut merangkumi aspek pemetaan kerjaya bagi memahami laluan dan peluang kerjaya bagi industri perkhidmatan makanan.

‘’ Latihan-latihan kemahiran ini akan melengkapkan usaha ILO Young Futuremakers Malaysia untuk menyediakan informasi-informasi yang diperlukan untuk golongan belia menerokai peluang kerjaya yang lebih cerah dalam industri perkhidmatan makanan,’’ ujar Zharif Badrul, Penyelaras Projek ILO Young Futuremakers Malaysia.

Saluran Telegram untuk maklumat kerjaya terkini

ILO Young Futuremakers Malaysia turut mengalu-alukan golongan belia untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ini melalui aplikasi Telegram di pautan: t.me/yfmtvet

Membina keyakinan di kalangan belia 

Futuremakers by Standard Chartered merupakan inisiatif global untuk membantu golongan muda berumur 35 tahun kebawah yang kurang berkemahiran terutamanya wanita dan orang kurang upaya, untuk mempelajari serta menambah baik kemahiran sedia ada untuk menambah peluang pekerjaan atau membantu mereka memulakan perniagaan sendiri.

Diantara tahun 2019 dan 2023, Futuremakers telah berjaya mengumpul dana dan menderma sejumlah USD50 milion, untuk memperkasa generasi seterusnya untuk terus belajar dan membangun. Ketika pandemik COVID-19, sejumlah USD25 milion telah diberikan kepada Futuremakers untuk membantu proses pemulihan ekonomi kepada golongan belia yang terkesan. Sejumlah USD75 milion berjaya diperoleh serta didermakan kepada golongan yang terlibat setahun lebih awal daripada sasaran tahun 2023.

Futuremakers juga telah berjaya membawa impak positif kepada lebih satu juta orang muda (74% daripadanya wanita muda) antara tahun 2019 dan 2022 yang merangkumi 43 negara.

Ketahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Futuremakers by Standard Chartered di : https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/futuremakers/

Ketahui lanjut tentang program pembangunan belia oleh Standard Chartered Foundation di: https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/scfoundation/


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS