Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
5 Tips Memilih Kipas Siling Yang Sesuai Untuk Rumah Anda
Diterbitkan:  Sep 18, 2023 3:20 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Kipas siling merupakan salah satu alat dalam rumah yang membantu menyediakan pengalihan udara yang segar dan sejuk.

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, pemilihan kipas siling, jenis kawalan dan cara pemasangan adalah penting, supaya sesuai dengan keluasan ruangan dan jumlah angin yang diperlukan.

Sekiranya anda hanya bergantung kepada penggunaan penghawa dingin yang berterusan, ini akan mengakibatkan bil elektrik meningkat secara ketara.

Kini anda dapat memilih pelbagai pilihan reka bentuk dan model kipas di pasaran

Salah satu jenama yang dipercayai oleh ramai pengguna adalah jenama KDK, yang menawarkan pelbagai pilihan kipas siling, kipas am, kipas ekzos dan lain-lain.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2002, KDK sentiasa menghasilkan produk inovatif yang memenuhi citarasa pengguna. Prinsip jenama KDK adalah untuk menghasilkan produk yang berfungsi, berkualiti dan boleh dipercayai.

Ketahui 5 tips semasa memilih kipas siling yang sesuai dengan ruang dalam rumah anda

1. Kenal Pasti Saiz Ruang untuk Pemasangan Kipas Siling

Jarak pemasangan kipas siling perlu sekurang-kurangnya satu meter dari dinding ke hujung bilah kipas. Sebagai contoh, jika diameter kipas siling adalah 150cm, saiz bilik mesti sekurang-kurangnya 350 cm x 350 cm.

2. Ketinggian Siling perlu Diambil Kira

Ketinggian minimum harus berada di antara 2.3m dan ke atas kerana setiap kipas siling mempunyai dimensi sendiri dengan ketinggian berbeza. 

3. Saiz dan Bentuk Bilik

Saiz bilik akan menentukan saiz kipas siling yang paling sesuai. Bilik yang lebih kecil memerlukan kipas siling kecil, manakala bilik yang lebih besar memerlukan kipas siling yang lebih besar untuk menyediakan pengedaran udara yang baik.

Tambah lagi, pilih bentuk kipas siling yang sesuai dengan gaya dan reka bentuk bilik anda.

4. Tentukan Bajet Anda Sebelum Memilih Atau Membeli Kipas Siling Penyediaan bajet memainkan peranan yang amat penting. Jika mempunyai bajet yang rendah, anda boleh memilih kipas siling jenis pengatur (kawal selia), yang boleh didapati dari sekitar RM180 hingga RM220.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh pilih kipas siling yang menggunakan alat kawalan jauh, yang boleh didapati dari sekitar RM280 hingga RM650.

Jika anda ingin memiliki kipas yang dapat menjimatkan elektrik dengan lebih efisien, anda boleh memilih kipas yang menggunakan motor DC (aliran elektrik terus) seperti K12UC, K12YC, K15UC, K15YC, K14TE, K14QF, K18NY, K14ZW, K15UW, K15Z5 dan K15YX.

5. Bilangan Bilah - Lebih Banyak, Lebih Baik?Kebanyakkan pelanggan juga sering akan bertanya tentang perbezaan antara kipas tiga, empat dan lima bilah. 

Perbandingannya adalah berdasarkan pilihan pelanggan bagi jenis aliran udara. Kipas 3-bilah akan memberi aliran udara yang lebih kuat, membolehkan anda merasa angin dari kipas ini. Kipas yang mempunyai 4 atau 5 bilah pula boleh memberikan aliran udara yang lebih lembut yang menenangkan.

Memilih kipas yang mempunyai nilai estetik

Kipas siling KDK boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, kelabu, coklat gelap, perak, gangsa dan lain-lain. Untuk pelanggan yang ingin reka bentuk kipas siling yang moden mahupun minimalis, KDK sedia untuk menawarkannya untuk anda.

Cara pembersihan, penyelenggaraan dan inisiatif menggunakan teknologi hijau

Sering kali kita lupa untuk membersihkan kipas siling, yang boleh menyebabkan kipas menjadi kotor dan berdebu.

Untuk memastikan kualiti udara yang bersih, anda perlu memastikan kipas anda bersih. Sebelum memulakan proses pembersihan, pastikan kipas siling anda dimatikan sepenuhnya.

Letakkan alas atau kain di bawah kipas siling untuk memerangkap debu dan kotoran yang jatuh semasa proses pembersihan. Ini akan memudahkan proses pembersihan dan mengelakkan kotoran daripada merosakkan perabot atau lantai anda.

Pastikan anda memerah kain dengan baik sebelum menggunakannya untuk mengelakkan air menitis ke dalam motor kipas. Sapukan kain lembap dengan lembut pada atas permukaan kipas untuk menghilangkan debu dan kotoran yang melekat.

Kipas siling yang terbaik adalah kipas yang menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan menggunakan tenaga yang sedikit

Semua kipas siling dari KDK direka dengan teknologi kecekapan tenaga. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang kos elektrik yang tinggi. Kebanyakkan kipas mereka diiktiraf dengan taraf tenaga 5-bintang, jadi ianya disahkan mampan dan hijau.

Anda juga perlu mengambil kira penggunaan kuasa sebuah kipas. Penggunaan kuasa mestilah rendah agar penggunaan elektrik juga berada dalam tahap yang minimum. Ianya mudah untuk anda semak, hanya lihat pada tenaga (Watt) yang digunakan pada deskripsi kipas. Semak juga jumlah aliran udara yang mampu dihasilkan oleh kipas tersebut. Ini dapat membantu anda melakukan pilihan yang bijak berdasarkan saiz ruang agar udara boleh memenuhi seluruh ruang.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi dan harga kipas siling dari KDK, layari https://www.kdk.com.my/products/ atau hubungi 03-7785 5011. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS