MADANI merupakan konsep keseimbangan dalam erti kata memberi keadilan kepada seluruh rakyat serta memastikan setiap dasar dan program dirancang oleh kerajaan perlu mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat.
Aspirasi untuk mencapai perubahan
Visi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Malaysia Menjadi Negara Rahmah dengan 12 cirinya yang digagaskan pada 2014, dilihat selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan konsep Malaysia MADANI sebagai acuan untuk membangunkan negara yang maju dengan sifat kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Menurut Tuan Haji Badlishah Sham Baharin (Presiden IKRAM), beliau berkata negara memerlukan naratif yang menyatukan semua anggota masyarakat dan bukan memisahkan, naratif yang bersifat pertengahan dan inklusif yang mengiktiraf sumbangan semua anggota masyarakat.
Berbaki kurang dari seminggu lagi, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 yang akan diadakan di Ideal Convention Shah Alam. Dengan tema ‘Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI’, konvensyen ini akan memaparkan diskusi dan mengetengahkan model solusi serta pendekatan rahmah dalam merealisasikan visi dan hasrat yang murni ini.
Objektif Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 adalah untuk:
1. Mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, tadbir urus dan reformasi institusi bersama pakar bidang dan pemegang taruh.
2. Mengetengahkan model solusi yang praktikal berdasarkan pendekatan Rahmah berkaitan isu-isu kesenjangan yang kritikal dalam masyarakat untuk membangun Malaysia Madani.
Jurang taraf ekonomi antara mereka yang berpendapatan rendah dan tinggi
Baru-baru ini, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji golongan itu dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten serta pengagihan seimbang.
Salah satu topik yang akan dibincangkan dalam konvensyen ini adalah dasar dan inisiatif yang ingin dilakukan oleh kerajaan mampu menjamin ekosistem ekonomi yang adil dan saksama.
Konvensyen ini juga akan mempamerkan:
Ucaptama dan perasmian Perdana Menteri
Pembentangan panel dan model solusi
Membina dan melebar jaringan dengan aktivis dan pakar bidang
Pelbagai cabutan hadiah yang menarik
Tema Persidangan Selari
32 pembentangan merangkumi Kajian Dasar, Kajian Umum, Projek Komuniti, Advokasi atau Model Solusi yang menyokong 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) akan diadakan dalam sesi Persidangan Selari semasa Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023.
4 Tema Persidangan Selari yang dipilih adalah antara aspek yang penting dalam pembangunan Negara Rahmah dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Antaranya ialah:
Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan dan Sosial
Perpaduan dan Hak Asasi
Kemakmuran Ekonomi
Kepimpinan dan Tadbir Urus
Antara speaker-speaker terkemuka dalam Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023
1. Tuan Haji Badlishah Sham Baharin (Presiden IKRAM)2. Azlan Shah Nabees Khan (Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation)
3. Prof. Dr. Hanim Salleh (Naib Presiden IKRAM)
4. Nurul Izzah Anwar (Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan)
5. Dato' Dr. Madeline Berma (Felo Institut Masa Depan Malaysia, MASA)
6. Dr. Mohammed Taufiq Johari (Ahli Parlimen Sungai Petani)
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 yang akan berlangsung pada 15 September 2023, 9 pagi hingga 6 petang di Ideal Convention Shah Alam. Tiket untuk (Pendaftaran Normal) masih dibuka di https://kmnr.mimbar.my/event/1192. Bersama kita dapat memacu pembangunan Malaysia Madani yang holistik, seimbang dan inklusif. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ikram.org.my/kmnr/ atau kunjungi media sosial Agenda Nasional melalui Instagram dan Twitter.