Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Gout: Gejala, Punca, Rawatan dan Pencegahan
Diterbitkan:  Aug 30, 2023 11:03 AM
Dikemaskini: Sep 4, 2023 7:30 AM

Insiden gout global telah meningkat sebanyak 63.44% sepanjang dua dekad lalu, dengan nisbah jantina kekal konsisten pada 3:1 (lelaki kepada perempuan)¹. Di peringkat global, kelaziman kesan umur meningkat secara berterusan dari umur 30 tahun bagi kedua-dua jantina¹.

Di Malaysia pula, kajian epidemiologi berasaskan penduduk tempatan mengenai gout memang tiada setakat tahun 2021. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian data dari hospital-hospital tertiari, usia puncak serangan gout bermula adalah dari umur 30 hingga 60 tahun².

Apa itu gout?

Gout boleh menyebabkan sakit sendi. Serangan gout tu lazimnya datang secara tiba-tiba, biasanya pada waktu malam, tidak seperti kebanyakan bentuk artritis yang lain.

Gejala: Tanda pertama serangan gout adalah denyutan hangat di sendi yang diserang. Kesakitan itu boleh menjadi pedih dengan pesat. Sendi terjejas itu akan menjadi merah dan bengkak, dan sakit jika disentuh.

Apa yang menyebabkan gout?

Gout boleh berlaku apabila paras asid urik dalam darah kita terlalu tinggi, iaitu hiperurisemia. Asid urik adalah bahan sampingan daripada pemecahan purin, bahan yang dihasilkan dalam badan kita dan terkandung dalam banyak produk makanan.

Asid urik boleh menjadi kristal dan melekat kepada sendi, menyebabkan sendi itu bengkak dan pedih.

Faktor-faktor risiko gout boleh dikategorikan sebagai boleh diubah suai (bermaksud anda boleh mengambil langkah untuk mengawal atau mengubahnya), dan tidak boleh diubah suai.

Rawatan dan pencegahan

Dengan diagnosis dan pengurusan yang betul, termasuk kawalan berat badan dan diet yang betul, gout boleh dikawal sepenuhnya. Bagi pesakit gout, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pengamal perubatan anda terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat yang boleh membantu mengurangkan kandungan asid urik anda.

Untuk jangka masa panjang, anda disyorkan mengamalkan gaya hidup yang sihat, minum air secukupnya, dan elakkan diri dari faktor-faktor penyumbang yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan, seperti berat badan berlebihan, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan makanan pencetus.

Ural

Ural ialah pengalkali air kencing yang berkesan untuk gout.

Diperbuat di Australia, Ural ialah pengalkali air kencing berperisa lemon tanpa gula yang sedap rasanya.

Ia berkesan kerana natrium bikarbonat dalam Ural meningkatkan ion bikarbonat dalam air kencing dan meningkatkan nilai pH air kencing, menjadikan ia lebih beralkali dan seterusnya menggalakkan pelarutan kristal asid urik.

Dengan mengekalkan air kencing beralkali, pelarutan batu karang asid urik boleh dicapai. Ural membantu mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan juga pelarutan batu karang asid urik.

Bantu kurangkan paras asid urik anda dengan Ural hari ini!

Ural boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara.

Ini adalah iklan produk ubat.

Rujukan:

  1. He Q, et al. Global, Regional, and National Prevalence of Gout From 1990 to 2019: Age-Period-Cohort Analysis With Future Burden Prediction. JMIR Public Health Surveill. 2023; 9: e45943.

  2. Clinical Practice Guidelines. Management of Gout 2nd edition. MoH Malaysia, 2021.

KKLIU 2257 / EXP 31.12.2025


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS