Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Haruskah Malaysia melaksanakan pendidikan politik di sekolah menengah?
Diterbitkan:  Aug 22, 2023 10:35 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (CA2019) telah mewujudkan 5.8 juta pengundi baru, sekali gus meningkatkan jumlah pengundi ke 21.02 juta. Semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) negara pada November tahun lalu, pengundi Undi18 - iaitu belia berumur 18 hingga 20 tahun yang kini layak mengundi – sering digelar “kingmaker". Namun, pengundi-pengundi baru ini nampaknya telah memberi impak yang jauh berbeza – tumpuan terhadap isu celik politik yang rendah di kalangan belia. Ramai belia kurang berpengetahuan tentang sistem politik negara dan kepentingan pilihan raya umum dan negeri kerana ini tidak diajar di sekolah. Literasi politik yang rendah di kalangan belia adalah satu faktor yang menyumbang kepada peratusan keluar rendah pada pilihan raya negeri baru-baru ini. Patutkah kita melaksanakan pendidikan politik di sekolah, khususnya di sekolah menengah, untuk meningkatkan celik politik pengundi?

Menjelang 26 Ogos, para belia sendiri akan membahaskan isu ini di Parlimen. Perbahasan Pelaksanaan Pendidikan Politik di Sekolah Menengah adalah sebahagian daripada siri Debathon Parlimen Belia tahun ini. Siri Debathon Parlimen Belia bertujuan memperkasakan belia berumur 16-25 tahun, dan membincangkan isu-isu penting di Malaysia melalui simulasi parlimen di mana peserta akan memainkan peranan sebagai penggubal undang-undang – sama ada sebagai ahli parlimen kerajaan atau ahli parlimen pembangkang. Anugerah Pendebat Terbaik akan diberikan kepada pembahas yang dianggap paling cemerlang oleh panel hakim kami. Anugerah ini akan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB Lim Hui Ying.

Kami menggalakkan semua pihak yang berminat untuk menyertai sesi ini, yang akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Ahli penonton juga akan dapat mengundi pendebat kegemaran mereka, dan mengundi sama ada mereka sokong atau menentang kenyataan setiap pendebat. Ini adalah simbolik, untuk menunjukkan bahawa dalam masyarakat demokratik, undi setiap rakyat dikira. Debat ini adalah salah satu daripada empat sesi perbahasan belia yang akan berlangsung di Parlimen pada 26 Ogos. Tempat duduk di Parlimen terhad kepada 100 sahaja. Jangan ketinggalan, daftar sebagai penonton hari ini di sini. Sebagai alternatif, anda juga boleh menonton sesi ini secara LIVE di laman Malaysiakini dan KiniTV, Facebook, Twitter dan Youtube.

Debathon Parlimen Belia 2023 dianjurkan oleh Malaysiakini, dan KiniEvents. Rakan Kongsi Acara termasuk The Body Shop Malaysia sebagai Changemaker Partner, dan Taylor's College sebagai Rakan Pemerkasaan Belia, disokong oleh Parlimen Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan, Experiential Design Team (EDT) sebagai Rakan Metaverse, Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP) sebagai rakan Latihan Kemahiran Insaniah, Malaysian Timber Certification Council (MTCC), UndiSabah, Undi18, The Risers, Institutes of Research and Development of Policy (IRDP), dan Malaysian Youth Association for Diplomacy and Policy (MYADP).

Melalui program ini, para belia berpeluang meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang proses penggubalan undang-undang, di samping didedahkan kepada peraturan, prosedur dan etika yang perlu dipatuhi dalam setiap prosiding parlimen. Siri YPD juga telah diadakan pada 2019 dan 2022.

Untuk sebarang pertanyaan atau peluang perkongsian, sila e-mel kami di [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS