Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Nikmati suasana lebih nyaman dengan Kipas Siling “DC Series” dari KDK!
Diterbitkan:  Jul 17, 2023 10:54 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Dalam keadaan cuaca panas tidak menentu seperti yang dialami sekarang ini, kipas siling merupakan salah satu kelengkapan elektrik yang tidak boleh diabaikan. Tambahan pula penggunaan penghawa dingin yang berterusan akan mengakibatkan bil elektrik meningkat secara ketara.

Apa yang menarik ialah kini anda dapat memilih pelbagai pilihan reka bentuk dan model kipas yang menepati keperluan dan citarasa anda di pasaran.

Terbaru, KDK menampilkan kipas siling lima bilah model K14QF-DG dan K14QF-WT yang dilancarkan dalam siri DC Series.

Tidak dinafikan lagi bahawa KDK adalah salah satu jenama kipas siling yang terkenal dengan produk-produk berkualiti tinggi dan inovatif baru dan lebih baik yang memenuhi keperluan dan citarasa pengguna.

Kipas dengan lima bilah terbaru daripada KDK ini menawarkan daya tarikan estetik, operasi yang senyap, aliran udara yang lebih lancar, keseimbangan yang lebih baik, dan meningkatkan aliran udara lebih nyaman.

Model K14QF-DG didatangkan dalam warna kelabu gelap manakala K14QF-WT pula adalah berwarna putih. Kedua-dua model ini direka bentuk dengan elegan dan boleh ditukarkan panjang paip kepada 30" dan 60".

Selain itu, bilah-bilah kipas “DC5” ini diperbuat daripada logam tahan lama. Kesemua ciri-ciri ini memberikan aliran udara yang lebih lancar dan selesa serta  mengekalkan bunyi pusingan kipas pada tahap rendah.

Apa yang menarik ialah kipas siling yang baru dilancarkan ini juga dilengkapi dengan fungsi 1/f Yuragi yang dapat memberikan variasi kelajuan udara dan kawalan angin ibarat berada di dalam suasana hembusan angin yang lembut di padang rumput sambil dibuai irama hipnotik ombak yang bergelombang.

Selain daripada memberikan angin yang sejuk dan menenangkan, fungsi ini juga menjaga suhu badan luar anda dan seterusnya memelihara keadaan fizikal anda menjadi lebih baik dan santai.

MOTOR LEBIH EFISIEN

Kipas siling “DC5” ini menggunakan Motor Arus Terus (DC) yang umumnya lebih cekap dan menjimatkan dari segi penggunaan tenaga elektrik. Terdapat beberapa kelebihan utama yang dimiliki oleh kipas siling ini:

  • Penggunaan tenaga yang lebih rendah hingga 55% berbanding motor AC.

  • Operasi yang senyap.

  • Motor lebih padu dan ringan.

Dengan menggunakan motor DC, kipas siling ini dapat mendinginkan ruang-ruang di rumah anda dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Operasinya yang senyap menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mencipta suasana yang tenang lagi nyaman di dalam rumah. Selain itu, motor kipas siling ini juga direka lebih padu dan ringan bagi memudahkan proses pemasangan.

CIRI-CIRI KESELAMATAN

Kipas dari “DC5” juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti cut-off safety switch, cangkuk keselamatan dan wayar keselamatan untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Ciri Cut-Off Safety Switch - Apabila terdapat getaran pusingan kipas berlebihan, suis cut-off safety akan dipicu secara automatik dan bekalan kuasa akan diputuskan. Suis keselamatan ini berfungsi dengan melepaskan tuas dari suis dan kipas akan berhenti berfungsi.

Cangkuk Keselamatan - Bilah yang rosak akan tergantung secara automatik dan tidak akan terjatuh menimpa pengguna dengan bantuan cangkuk keselamatan walaupun semasa kipas sedang berpusing laju.

Wayar Keselamatan - Wayar keselamatan membantu mengikat motor kipas ke cangkuk siling untuk menghalangnya dari jatuh apabila motor kipas terlepas dari batang paip.

ALAT KAWALAN JAUH

Seperti mana model-model kipas siling terkini daripada KDK, kipas siling “DC5” ini juga didatangkan dengan alat kawalan jauh bagi memudahkan penggunanya memilih aliran angin yang ingi dinikmati mereka.

Fungsi-fungsi alat kawalan jauh adalah seperti berikut:

  • Butang Daya – Berfungsi untuk menghidupkan atau mematikan kipas siling.

  • Butang Kelajuan - Berfungsi untuk mengawal kelajuan dari tahap 1 sehingga tahap 5.

  • Butang Pemasa – Berfungsi untuk mematikan operasi kipas di dalam masa 1, 3 atau 6 jam. Fungsi ini memberikan kelebihan untuk mencipta suhu yang selesa dan menjimatkan tenaga.

Secara keseluruhan, kipas siling “DC5” KDK adalah pilihan yang baik dengan banyak kelebihan yang ditawarkannya.

KDK mempunyai reputasi yang baik dan telah menghasilkan produk berkualiti tinggi. Kipas siling KDK terkenal dengan ketahanan dan kehandalannya, memberikan kepuasan jangka panjang kepada pengguna.

KDK juga telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan kipas siling mereka adalah pilihan yang efisien dari segi tenaga. Dengan teknologi dan reka bentuk yang canggih, kipas siling KDK meminimalkan penggunaan tenaga dan membantu mengurangkan bil elektrik bulanan.

Kipas siling “DC5” daripada KDK ini menawarkan kinerja yang optimal dengan aliran udara yang lancar dan operasi yang senyap. Reka bentuk bilah kipas yang baik memberikan aliran udara yang lebih baik, menjadikan kipas siling KDK pilihan yang baik untuk meningkatkan keselesaan ruangan rumah anda.

Seperti yang disebut lebih awal, KDK juga mengutamakan keselamatan pengguna dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan dan memastikan penggunaan kipas siling KDK adalah selamat dan dapat dipercayai.

Dengan ciri-ciri ini sudah pasti kipas siling “DC5” oleh KDK adalah pilihan yang baik untuk meningkatkan keselesaan kehidupan anda.

Dapatkan kipas siling “DC5” daripada KDK hari ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kdk.com.my/product/k14qf-dg/ dan https://www.kdk.com.my/product/k14qf-wt/


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS