Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Beli-belah di Jepun - Lebih Mudah dengan ZenMarket!
Diterbitkan:  Apr 10, 2023 10:28 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Bagi individu yang suka membeli-belah, negara Jepun sememangnya ibarat syurga. Dari pemandangan empat musim ke kecanggihan peralatan teknologi terkini, negara matahari terbit ini mempunyai segalanya untuk pelancongan.

Selain daripada pelbagai tarikan menarik yang boleh diterokai, Jepun juga merupakan salah satu negara yang terkenal dengan pelbagai barangan berjenama yang berkualiti. Tengok sahaja kedai konsep mereka yang dibuka di sini seperti MUJI, Uniqlo dan Daiso.

Tidak kiralah, sama ada automotif, teknologi, gajet, fesyen, barangan elektronik ataupun produk kosmetik, produk Jepun yang berkualiti tetap menjadi pilihan utama ramai pengguna terutamanya pengguna di Malaysia.

Antara produk Jepun yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah jam tangan G-Shock, produk anime dan cosplay, hobi permainan (TCG, game konsole), alat memancing, alat golf, barang ganti kereta, peralatan elektrik dan elektronik dan lain-lain lagi.

Beli-belah dari Jepun dengan mudah!

Bagi anda yang mahu mendapatkan barangan “original” terus dari Jepun, kini anda sudah boleh mendapatkannya secara online melalui website rasmi ZenMarket. Pengguna boleh membeli jutaan produk dari Jepun dengan portal ZenMarket.

Pengguna boleh buat bidaan untuk barangan terpakai “second-hand” yang berkualiti

Terdapat produk keluaran syarikat Jepun yang mungkin sudah tidak dikeluarkan sekarang tetapi terdapat sesetengah pengguna yang sanggup mencarinya lagi walaupun ianya dalam kondisi terpakai. Oleh sebab itu, barang terpakai dari Jepun sehingga kini menerima sambutan hangat daripada pengguna di Jepun dan di luar negara. 

Pengguna dapat mencari barang terpakai, membuat bidaan produk dari laman web Yahoo! Auctions dan Mercari atau beli terus dari Amazon Japan dan Rakuten. 

Selain itu, pengguna juga boleh dapatkan barangan dengan harga yang berbaloi dan juga beli barangan secara pukal melalui kedai online store Jepun di ZenMarket

Prosedur untuk membeli barang dari ZenMarket

  1. Cari dan Masuk Item ke Troli Shopping

    Letakkan URL item daripada mana-mana pasaran dalam talian Jepun ke Troli dan buat pesanan.

  2. Dapatkan Pengesahan Harga Barang

    ZenMarket akan mengesahkan harga barang.

  3. ZenMarket Beli Item dari Penjual

    Setelah harga disahkan, anda boleh membayar barangan anda.

    ZenMarket akan membeli barangan anda dari kedai yang anda pilih. Biasanya, ia mengambil masa 3-7 hari untuk sesuatu barang sampai di gudang ZenMarket. 

  4. Pilih Kaedah Penghantaran Anda

    Setelah barang tiba di gudang, pilih kaedah penghantaran dan isikan alamat anda.

  5. Bayar untuk penghantaran

    Setelah berat pakej ditimbang, anda boleh membayar untuk penghantaran antarabangsa.

  6. Dapatkan bungkusan anda!

    Tunggu 1-2 minggu untuk bungkusan dihantar ke rumah anda.

Promosi Raya ZenMarket tawar penjimatan 50%

Bermula April 10 hingga April 17 2023, ZenMarket akan menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk kos penghantaran anda sempena sambutan Hari Raya.

Masukkan kod promosi SEA23050 di halaman pembayaran dan diskaun 50% akan dikenakan secara automatik.

Perkhidmatan yang mesra untuk pengguna

Setakat ini, ZenMarket mempunyai seramai 1.7 juta pengguna yang menggunakan servis mereka di seluruh dunia untuk beli-belah dari Jepun. Untuk Malaysia, seramai 50,000 orang mempunyai akaun beli-belah ZenMarket.

ZenMarket juga mempunyai servis perkhidmatan laman web dan khidmat pelanggan dalam 19 bahasa (multibahasa) termasuk Bahasa Malaysia. Jadi, pengguna tidak perlu memahami bahasa Jepun untuk beli-belah dari Kedai Online Jepun.

Mereka juga telah berkolaborasi dengan “influencer” tempatan dalam bidang cosplay, Pokemon Trading Card Game (TCG), G-Shock, peralatan memancing dan lain-lain lagi untuk menarik minat pengguna Malaysia. 

Antara influencer tempatan yang telah berkolaborasi dengan ZenMarket ialah Miisa MHC. Beliau telah berkolaborasi untuk Genshin Impact Yao Yao Cosplay, Anya Cosplay, Pochita Cosplay,

HarrisAnnuar telah berkolaborasi untuk G-Shock original dari Jepun (Tiktok), G-Shock original dari Jepun (Instagram)

Daftar Sekarang, dan Dapatkan 300¥ dalam akaun Zenmarket anda!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar akaun ZenMarket secara percuma di SINI dan dapatkan barangan idaman anda dari Jepun hari ini! Sila baca blog Cara Beli-belah dari ZenMarket untuk tips beli-belah dari Jepun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ZenMarket di SINI dan lawati media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Youtube.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS