Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Festival Usahawan Gempak yang akan berlangsung dari 7 hingga 9 April di Stadium Malawati!
Seramai 150 usahawan mikro dan makro bakal menjual dan mempromosi barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri seperti SimplySiti, Farm Fresh, Siti Khadijah, Kekaboo, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves, Absolut Chocolat dan beberapa jenama tempatan yang lain.
Menurut Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) festival tiga hari yang bermula 10 pagi hingga lewat malam itu menempatkan 200 ruang pameran dan dijangka seramai 25,000 pengunjung akan membanjiri festival tersebut.
Baucar Rahmah bernilai RM40,000 akan diagihkan kepada pengunjung yang hadir
Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri bulan depan, orang ramai mesti sudah mula membuat persiapan membeli keperluan menyambut lebaran. Untuk memudahkan mereka yang membuat persiapan sambutan Hari Raya, festival ini akan dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah menarik serta Baucar Rahmah berjumlah RM40,000 untuk diagihkan kepada para pengunjung.
Melalui inisiatif ini, pengunjung dapat menggunakan baucar tersebut semasa membeli belah.
Orang ramai juga dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada para usahawan tempatan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti sebuah motosikal, televisyen, iPad, dan banyak lagi.
Siti Nurhaliza bakal meriahkan Festival Usahawan Gempak
Nikmati pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis dan kebudayaan, kemunculan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Boss Susu, Lah Ahmad, serta peluang ‘Meet & Greet’ bersama Ruhainies, Uyaina Arsyad, Adriana Adnan, dan ramai lagi!
Para pengunjung juga diberi peluang untuk menyaksikan festival “Livestream” di studio strim langsung yang akan dikendalikan oleh Lazada selama 3 hari berturut-turut di dalam kawasan festival.
Festival ini ditaja oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan disokong oleh AFFIN Bank sebagai Rakan Bank Rasmi, Wavpay sebagai Rakan E-Dompet, Yes 5G sebagai Rakan Telco 5G Rasmi, SUBPLACE dan Lazada sebagai Rakan E-Dagang serta sokongan daripada agensi-agensi kerajaan negeri.
Anugerah Usahawan Gempak
Pada 9 April, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan menyampaikan Anugerah Usahawan Gempak kepada 10 usahawan tempatan berimpak tinggi.
Festival ini merupakan satu daripada tiga kempen di bawah Smart Raya Selangor 2023 iaitu Festival Usahawan Gempak, Bazar Ramadan Cashless dan Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant (ECM) Awards Edisi Kelapan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.sidec.com.my. Orang ramai juga boleh mendapatkan info terkini tentang Festival Usahawan Gempak di laman media sosial Sidec, Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan Youtube.