Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ural - Membantu mengurangkan pengkristalan asid urik dalam terapi gout
Diterbitkan:  Dec 1, 2022 7:10 PM
Dikemaskini: Dec 2, 2022 4:42 AM

Secara semula jadi, semua orang mempunyai kandungan asid urik di dalam badan. Walaupun begitu, masalah akan timbul jika terdapat terlalu banyak asid urik, yang juga dikenali sebagai hiperurisemia. Kandungan asid urik yang tinggi akan meningkatkan risiko gout.

Asid urik mempunyai struktur padu seperti kristal yang boleh terkumpul dan membentuk kristal yang lebih besar. Pembentukan kristal asid urik pada sendi boleh memberikan kesakitan yang melampau dan ini dikenali sebagai serangan gout. Salah satu kawasan yang paling lazim berlakunya serangan gout adalah di ibu jari kaki, terapi gout juga boleh menyerang pelbagai lagi sendi yang lain di seluruh badan.

Antara punca yang menyebabkan asid urik meningkat adalah pengambilan makanan tinggi purin secara berlebihan, gaya hidup yang tidak sihat, dan apabila badan anda menghasilkan terlalu banyak asid urik atau tidak membuangnya dengan berkesan.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurus atau mengawal kandungan asid urik. Bagi pesakit gout, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pengamal perubatan anda terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat yang boleh membantu mengurangkan kandungan asid urik.

Cara untuk mengurus asid urik yang berlebihan

1. Kurangkan pengambilan makanan tinggi purin

Purin adalah kompaun yang wujud secara semula jadi dalam kebanyakan jenis makanan. Ketika badan memecahkan purin, ia akan menghasilkan asid urik. Proses penghadaman makanan tinggi purin menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi, boleh menyebabkan gout.

2. Kekalkan gaya hidup yang sihat

Makan makanan sihat, bersenam, minum air yang mencukupi, dan mengehadkan alkohol atau minuman manis merupakan contoh amalan gaya hidup yang sihat. Mengubah gaya hidup dan tabiat ke arah yang lebih sihat bukan hanya dapat membantu anda menguruskan kandungan asid urik malah dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

3. Kekalkan berat badan yang sihat

Mengekalkan berat badan yang sihat dapat mengurangkan risiko gout dan pelbagai lagi jenis masalah kesihatan yang lain. Penurunan berat badan ke arah yang lebih sihat walaupun sedikit, juga mampu memberi banyak manfaat kesihatan, termasuk pengurangan tekanan keseluruhan yang dikenakan pada sendi dan penambahbaikkan pergerakan fizikal.

4. Mengambil Pengalkali Air Kencing

Ural, pengalkali air kencing yang efektif dalam terapi gout!

Diperbuat daripada Australia, Ural adalah pengalkali air kencing tanpa gula, berperisa lemon yang sedap dan mudah untuk diminum.

Ural adalah efektif kerana sodium bikarbonat yang terkandung dalam Ural akan meningkatkan proses penyingkiran ion bikarbonat ke dalam air kencing lalu meningkatkan nilai pH air kencing ¹. Peningkatan nilai pH air kencing akan menjadikan air kencing lebih beralkali dan menggalakkan pelarutan kristal asid urik.

Dengan mengekalkan air kencing yang beralkali, pelarutan batu asid urik secara sepenuhnya boleh dicapai Ural membantu mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan pelarutan batu asid urik ¹.

Bantu kurangkan kandungan asid urik dengan Ural hari ini!

Ural boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara. Layari laman web Ural di www.uralpromo.my untuk maklumat lanjut.

Ini adalah iklan ubat.

Rujukan:

  1. Ural® Malaysia PI. April 2022.

KKLIU 3488/2022 (exp: 31 Disember 2024)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS