Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ubat Gigi Zaitun Kembali dengan Wajah Baru
Diterbitkan:  Nov 23, 2022 6:42 PM
Dikemaskini: Dec 8, 2022 3:54 AM

Pastinya ramai tertanya-tanya tentang produk Zaitun terutama sekali ubat gigi mereka. Adakah masih berada di pasaran? Adakah kualitinya masih seperti dulu? Adakah ia masih selamat dan boleh digunakan tanpa was-was? 

Sewaktu zaman kemuncak perniagaannya, Zaitun memiliki lebih 300 jenis produk di pasaran Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Kini, kebangkitan Zaitun masih mengekalkan fokus mereka terhadap kualiti dan keselamatan produk tetapi kali ini ia mampu dimiliki semua dan terhasil untuk semua pengguna serta tidak tertumpu kepada umat Islam sahaja. 

Zaitun jelas menitikberatkan jenis kandungan di dalam penghasilan produknya sehingga pernah menjadi jenama halal dan mesra Muslim pertama di Malaysia dalam industri produk kecantikan dan penjagaan diri pada tahun 1970-an. Bahan-bahan yang digunakan untuk penghasilan ubat gigi Zaitun yang sudah pun berada di pasaran dengan wajah baru, mempunyai kualiti setaraf ubat gigi jenama terkenal yang lain. Ubat gigi Zaitun mengandungi bahan asas dalam penghasilan ubat gigi yang memberi pelbagai manfaat terhadap penjagaan mulut seperti menghilangkan kotoran degil dan serpihan pada permukaan gigi yang berpunca dari minuman seperti kopi dan teh, aktiviti merokok dan sebagainya. 

Ubat gigi Zaitun yang terdahulu 

Ubat gigi Zaitun mengandungi bahan-bahan seperti Kalsium Karbonat, Air, Gliserin, Sorbitol, Silika Terhidrat, Gam Selulosa, Natrium Lauril Sulfida, Perisa, Tetrasodium Pirofosfat, Natrium Benzoat, Natrium Sakarin dan Natrium Bikarbonat yang membantu mengekalkan kesegaran mulut dalam jangka masa panjang. Zaitun mengeluarkan dua jenis ubat gigi iaitu Ubat Gigi Pemutih (Whitening) dan Ubat Gigi Pudina Tambahan (Extra Mint). Sasaran penggunanya bukanlah hanya tertumpu pada golongan dewasa sahaja malah ia juga selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana tiada sebarang kandungan flourida didalamnya. 

Selain mengekalkan keselamatan terhadap penggunaan produknya, Zaitun juga peka dengan keadaan ekonomi semasa pengguna di Malaysia. Harga yang ditetapkan untuk ubat giginya hanya bermula dari RM6.90 sehingga RM8.90. Ini jelas bahawa Zaitun mengeluarkan produk yang bukan sahaja berkualiti malah berpatutan dan mampu milik supaya penjagaan kesihatan mulut dapat diterapkan oleh semua lapisan masyarakat. 

Ubat Gigi Pudina Tambahan (Extra Mint) Zaitun dengan pembungkusan baru dengan harga RM6.90 sahaja 
Ubat Gigi Pemutihan (Whitening) Zaitun dengan pembungkusan yang baru dengan harga RM8.90 sahaja di pasaran

Pelbagai jenis produk ubat gigi Zaitun dijangka bakal berada di pasaran tidak lama lagi antaranya Ubat Gigi Herbal Antibacterial yang diformulasikan dari herba-herba terpilih berperanan membantu dalam pengurangan plak, gingivitis dan kerosakan gigi. Selain itu, ubat gigi kanak-kanak berperisa strawberi dan oren juga bakal dikeluarkan agar dapat menarik minat pengguna kecil tentang kepentingan penjagaan gigi dan mulut. 

Lebih 40 tahun pengalaman dalam industri penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri, kelahiran semula produk ubat gigi Zaitun dilihat berpotensi menjadi tarikan utama seperti dulu. Kembalinya produk Zaitun di pasaran bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada pengguna Islam tetapi ia juga merupakan usaha untuk menyebarkan kebaikan dan peluang kepada semua tidak kira taraf kehidupan, bangsa, kaum dan agama dalam menjaga kebersihatan dan kesihatan diri seperti yang dituntut dalam agama Islam dan juga agama lain. 

Zaitun mula melancarkan kembali jenama dan produknya pada pertengahan tahun ini dan sebagai permulaan, Zaitun mengembangkan sayapnya secara berfasa dengan menawan pasaran runcit di beberapa kawasan di Malaysia dan juga pasaran digital. Kini Zaitun dalam usaha meluaskan lagi pasaran di setiap kedai-kedai runcit dan pasaraya di seluruh Malaysia. 

Untuk mengimbau bersama Zaitun, dapatkan ubat gigi Zaitun di kedai-kedai runcit berdekatan atau melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee dan laman sesawang Zaitun. 

Layari www.zaitunbeauty.com untuk maklumat lanjut.

Kandungan disediakan oleh Zuhairah.


Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS