Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
4 iltizam Ismail Sabri untuk kestabilan dan kemakmuran negara
Diterbitkan:  Nov 18, 2022 12:48 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyenaraikan empat iltizam beliau untuk Malaysia sekiranya diberi peluang meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Empat keazaman itu berperanan untuk:

  1. Menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia

  2. Menyuburkan kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara

  3. Memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras dengan Perlembagaan Persekutuan

  4. Memperkasa integriti tadbir urus negara

"Inilah iltizam saya untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita. Saya, Ismail Sabri Yaakob dengan rendah diri, memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang.

Ismail Sabri berkata menggalas tanggungjawab memimpin negara bermula 21 Ogos 2021, bukanlah satu tugas yang mudah apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga dalam penggal yang sama (2018-2022), selain berlaku peralihan tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun, adalah episod gelap kepada negara.

“Ketika itu negara berdepan ancaman pandemik COVID-19 dengan jumlah pesakit harian mencecah puluhan ribu, mengorbankan ratusan rakyat sehari sehingga menyebabkan fasiliti perubatan hampir lumpuh,” ujar beliau.

Selain itu, negara pada masa itu juga berdepan krisis ekonomi dengan jumlah pengangguran meningkat lebih 700,000 orang dan banyak sektor perniagaan terpaksa gulung tikar serta rakyat hilang mata pencarian.

"Sepanjang tempoh 15 bulan, inilah 15 inisiatif yang telah kita capai bersama. Hari ini, keadaan bertambah baik dan kita mampu bergerak maju ke hadapan, namun masih banyak yang perlu kita laksanakan untuk menjadi sebuah negara bangsa yang teguh bersama dan kembali dihormati di persada dunia.

"Pada 19 November ini, Keluarga Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan negara ini terus ditadbir dengan baik," katanya selaku penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004 yang bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Asmawi Harun (Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November 2022, Sabtu ini sebagai hari pengundian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS